Analisa Kewangan Fertigasi

Hari ini saya nak berkongsi tentang kos penanaman secara fertigasi. Kali ini saya akan memberikan tumpuan pada tanaman cili. Sekarang ini sedang musim orang ‘mengila’ tanam cili. Ramai yang bercita-cita nak menjadi juatawan cili tapi ramai yang kencudang di tengah jalan. Antara punca utama adalah tidak mengawal KOS.

Ramai pengusaha tidak berani menceburi bidang fertigasi kerana mereka kata kos penanaman secara fertigasi sangat tinggi. Cakap mereka memang betul, tetapi hanya kos atau modal permulaan sahaja yang tinggi. Kos bagi musim kedua dan seterusnya sudah menurun sehingga 40% kerana kita tidak perlu lagi berbelanja untuk infra seperti sistem pengairan dan sebagainya.

Adalah penting bagi kita untuk mengenai pasti kos atau modal permulaan sebelum kita memulakan sesuatu projek, begitu juga dengan projek fertigasi. Kos penanaman cili fertigasi samaada cili merah/besar atau cili padi jatuh RM3.50 sepokok atau satu polibeg. Kos ini termasuk sistem pengairan, polibeg, media, racun kawalan serangga dan kulat, dan baja fertigasi bagi satu musim iaitu enam bulan. Ini adalah kosnya seandainya kita selaku ‘bos’ dan ‘kuli’. Andai kata, kita menggunakan pekerja dan mengupah orang untuk pasang sistem fertigasi, kosnya adalah di antara RM9.00 sepokok atau satu polibeg.

Perkiraan adalah sebegini, seandainya kita menanam 1000 pokok cili;

1000 Pokok x RM 3.50 = RM3500.00

Itulah kos bagi penanaman 1000 pokok cili begitulah sebaliknya jika kita tanam 10000 pokok adalah RM35000.00 kosnya. Jumlah pokok ekonomi untuk seorang adalah 3000 pokok cili besar, manakala pokok cili padi adalah 500 – 1000 pokok. Jika kita berkongsi dalam projek fertigasi pastikan jumlah pokok kita mencapai saiz ekonomi bagi menjamin keuntungan yang tinggi. Sebagai contoh, jika berkongsi 3 orang, pastikan jumlah pokok yang ditanam adalah sebanyak 9000 pokok cili besar dan 1500 – 3000 pokok cili padi.

Gambarrajah di bawah adalah snapshot slide ceramah saya bagi mengira margin kita sebagai rujukan bersama (baca disclaimer).

Jika kita lihat margin untuk sepokok cili besar adalah RM7.00 setelah ditolak dengan kos. Andai kata jika kita mempunyai 3000 pokok, maka keuntungan kita adalah RM21000.00 pada harga RM4.20. Jika harga cili naik sehingga RM14.00 bayangkanlah berapa pendapatan kita!. Lihat pada angka pendapatan pasti ramai yang mahu terlibat dalam bidang fertigasi. Kita mesti memperolehi purata hasil sepokok sebanyak 2.5 kg barulah kita dapat pendapatan sedemikian.

Untuk memdapatkan hasil sepokok, 2.5 kg amatlah tidaklah sukar. Ini cuma memerlukan perhatian dan disiplin daripada diri kita sendiri. Di dalam ceramah, saya selalu berpesan kepada peserta.

Income yang besar memerlukan kerja, usaha, displin dan perhatian yang tinggi.

Semoga ini dapat menjadi panduan kita dalam merancang projek fertigasi.
ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Kunci Kira-Kira and tagged , , . Bookmark the permalink.

117 Responses to Analisa Kewangan Fertigasi

  1. Azizul says:

    Assalamualaikum..

    Saya Azizul dan amat tertarik dengan artikel2 saudara. Saya mohon pertolongan saudara untuk jelaskan kepada saya berkaitan keadaan di mana sekiranya penanaman pokok cili secara fertigasi dijalankan di kawasan redup seperti di kawasan kebun getah muda (pokok getah masih belum boleh ditoreh,anggaran usia pokok getah 3-5 tahun) . Perjelasan dari saudara amatlah saya hargai..

    • ysuhaimi says:

      Saya kongsikan pengalaman saya bersama Tuan. Saya pernah membuat projek fertigasi cili padi di bawah pokok getah muda dan mampu mengeluarkan hasil dan seterusnya pengusaha tersebut memperolehi keuntungan yg lumayan. Pokok cili memerlukan kadar cahaya sebanyak 2400 lux untuk berbunga. Walaubagaimana saya tidak dapat memastikan kadar keredupan di ladang getah Tuan. Saya berharap agar Tuan dapat mengirimkan gambar ladang getah Tuan, bagi memastikan ianya sesuai atau pun tidak. Sila emailkan ke ysuhaimi@myagri.com.my

  2. wan hazirul says:

    assalamualaikum
    nak tanya la, berapa keluasan yang sesuai untuk 5000 pot tu ?

  3. alimah hj hussien says:

    salam….saya sangat berminat untuk menanam cili padi menggunakan kaedah ini..boleh ka bagi secara details mengenai kos untuk menanam 5000 pokok…berapa harga peralatan, baja n segala2 nya sehingga lah ke penghasilan lada tersebut….terima kasih..:)

  4. qamal says:

    Aslmkm..bro blh bg tip saya tanam cili dlm polybag dan saya dapati tanah mudah menjadi terlalu kering, saya gercadang nak guna `sun scrin’ tak pasti nama yang betul atau jaring warna hitam untuk mengurangkan kepanasan…1. Adakah cara ini boleh digunakan 2. Berapa peratus kegelapan yang sesuai kita gunakan. Tq.

  5. Hairul says:

    Salam..saya sangat berminat ingin menceburi bidang ini…bila dan dimanakah kursus2 ini diadakan..saya tinggal di klang selangor

  6. hermansah says:

    salam tuan,saya dari sabah nak bertanya kalau saya gunakan baja sendiri adakah dibolehkan..dan boleh ke projek ni dibuat kat sabah

  7. Fiktrin says:

    Salam..sy nk bertanye..berapa pula kos utk penanaman timun..

  8. thar mhi zhi says:

    Salam..sy bru memulakan projek fertigasi cili ni..untuk prmulaan ni sy hnya mnanam 500 pokok sja..medium yg sy gnakn 100% cocopeat..tp permulaan ni sy prhatikn driper air tidak sekata..mcm mne nk atasinya..2.adakah sesuai fertigasi terbuka pd musim pnas ni..mohon tunjuk ajar tuan.

  9. Sukardi says:

    Asalamualaikum. Bolehkah tanam cili fertigasi di bawah kebun kelapa sawit yang telah berumur 20 tahun @ ketinggian sawit kira-kira 20 kaki. Terima kasih

  10. shaiful_apoi says:

    salam..saya akan memulakan projek penanaman cili secara fertigasi..tanah adalah seluas 3 ekar..berapakah anggaran kasar kos untuk projek ini??termasuk kos pemasangan paip..tq

    • ysuhaimi says:

      1 ekar boleh memuatkan 3000 – 4000 polibeg. Jadi untuk kawasan sekitar 3 ekar boleh memuatkan 9000 – 12,000 polibeg bergantung kepada susun atur ladang. Anggaran satu polibeg sekarang adalah di antara RM 4.20 ke RM 5. Jadi untuk 3 ekar, dianggarkan kos projek adalah RM 25,000 ke RM 30,000. Kerana ekonomi of scales.

  11. wan ayob says:

    encik, kalau ikut harga barang-barang sekarang nampaknya semakin mahal, adakah modal kos masih rm3.50 untuk kedua-dua cili? adakah naik kos kepada rm4-5 sepokok?

  12. ofa says:

    Assalamualaikum..sy ofa n sy msh stdy kt uitm,sy memang nk buat tanam cili ni,tp skadar utk smpgan smentara hbes blaja..sy nk minta dari encik step2 yg sy kne buat,mmandangkan sy ni pmpuan..ini utk sy kmpul kan m0dal dhulu sblm sy btl2 focus dgn pr0jek ptanian ble dh hbs stdy nti,m0h0n tnjuk ajar dr encik..

  13. Mohd Suhaimi says:

    Salam Tuan.. 2 minggu yang lalu saya tanam cili padi lebih kurang dekat 200 pokok. tapi hanya tanaman atas tanah sahaja. semangat saya semakin lemah apabila kebanyakan pokok saya dimusnahkan oleh babi, tambahan pula ramalan fenomena Elnino akan melanda negara kita selama 18 bulan. sekiranya tuan sudi bagi nasihat pada saya, nasihat tuan amat saya hargai dan amalkan. Terima kasih.

  14. hadiyatullah says:

    Salam tuan… Saya adalah anggota baru dalam bidang pertanian..sy ingin bertanya tuan sesuai atau tidak cili ditanam kawasan bukit.. Yg mn lebih bagus tanam secara batas @ pakai polybag.. Apakah permulaan yg perlu saya lakukan untuk memulakan projek cili.. Dimanakah tempat untuk sy mendapat bantuan.. Kerjasama tuan amat diperlukan. Terima kasih

  15. max says:

    slmt ptg tuan,

    sy max dri sbh. sy amat berminat tanam sistem fertigasi ni tapi mslh modal xda. so, sbgi permulaan sy dh semai 2k dlm polibeg 5×7, tapi yg jadi hanya 200 lebih… hari ni baru tanam 100 pokok …. sy ni bleh dianggap zero maklumat+pengalaman soal cili padi ni… harap pd maklumat internet je… sy harap 1hari nanti sy dpt tanam cili padi ni secara fertigasi…. apapun sy try tanam cara konvensional la dlu … sy ada tanah muat utk 50 ekar …tapi mslh tanah belum ada apa2 tanaman …masih bnyk pokok2 tahap balak dan terbiar….ikutkan hati semua tanah ni nk tanam cili padi tapi apakan daya ikutkan modal masih berdaftar dgn e-kasih (miskin tegar)….yg penting berusaha dlu la … tq utk info dlm blog ni…

  16. zack says:

    Assalam tuan..bila kursus akan diadakan disabah?

  17. chandran says:

    tuan saya ingin memulakan projek cili fertigasi dengan kawasan seluas 2 ekar yg boleh memuatkan 4000 anak pokok cili pada kebiasaanya….Pada kebiasaanya berapakah jumlah kos permulaan modal yang biasa diperlukan dalam memulakan projek cili fertgasi dgn 4000 anak pokok cili ini dan soalan kedua saya pada kebiasaanya berapakah jumlah pendapatan hasil keuntungan yang boleh diperolehi hasil daripada penanaman 4000 anak pokok cili fertigasi di kawasan seluas 2 ekar tanah ini…diharap pihak tuan dapat memberikan saya penjelaskan yang sewajarnya..terima kasih

  18. Raj says:

    boleh bertanya bila kursus tuan yang akan datang? Terima kasih

  19. Bendahara Al-Jawhari says:

    Assalamualaikum.., Tuan nak tanya sekarang untuk pembelian set pokok cili Kulai untuk tahun ini 2014 biasanya berapa? sekarang saya cuba berjinak menanam 50 pokok cili dulu di rumah.

    Satu lagi nak tanya.Biasanya peniaga set cili fertigasi ni menjual set dengan harga mengikut kuantiti kita minta ke?
    contohnya jika pembelian dibawah 50 pokok, harga RM 1000, iaitu RM20/pokok.
    kalau 400 pokok, harga RM 1000, iaitu RM4/pokok.
    semakin tinggi kuantiti bilangan pokok, semakin rendah harga untuk satu pokok..
    mohon penjelasan?

  20. azhar mustapa says:

    salam..saya berminat untuk mengikuti kursus fertigasi, saya berada di pahang boleh email jadual kursus.

  21. Jane says:

    Tuan,

    Tumpang tanya, boleh ke fertigasi cili ni di jalankan di kawasan bukit dan udara sejuk seperti Cameroon Highlands?

  22. Firdaus says:

    Mahu kursus dlm masa terdekat

  23. Abe says:

    Ilmu internet sudah ada 🙂 bajet dan tanah pun sudah ada. Tinggal tunjuk ajar praktikal dari tuan.

  24. reeta says:

    Pls inform next kursus…berminat …

    Reeta
    0147316353

  25. eddy rohaizal b. fadirallah says:

    Baru nk mula

  26. khimatul says:

    Saya ingin bertanya…bolehkah anak benih ditanam terus ke dalam polibag..ataupon memang perlukah anak benih di semai dahulu…

  27. rose says:

    Salam, saya tinggal di kl.Saya berminat dengan penanaman cili. Di mana dan bila saya boleh menyertai kursus ni?

  28. azmil says:

    slm tua..adakah setiap projek fertgasi memerlukan sph.

  29. Saiful says:

    Salam kursus cili kt pahang area jengka temerloh jerantot bila.

  30. lia says:

    Saya dari sarawak, berminat dengan kaedah fertigasi…boleh saya tau ada tak dibuat kursus di sarawak…kalau ada, di mana dan bila? Tq

  31. shah says:

    Salam bila tarikh kursus tanaman cili fertigasi?

  32. Nazzid Sourabaya says:

    salam sejahtera tuan,.. boleh terangkan dimana sy boleh dptkan bekalan untuk tanaman fertigasi ni dan kos yg berpatutan bekalan dri smua aspek. sy dh dptkan tapak tanah. cuma perlukan semua bahan untuk projek fertigasi,. terima kasih..

  33. abeykey says:

    Salam… Sebelum pindahkan anak pokok cili ke polibeg Apa yg perlu kita sediakan pada polibeg… Maksud saya… Mungkin perlu basahkan sabut Atau siram baja/Em

  34. Sharif says:

    Assalamualikum tuan…bagaimana pula analysis kewangan Fertigasi untuk 2015…?rasa bnyak berubah sudah kosnya..

  35. Sharif says:

    As salam tuan…bagaimana pula analysis kewangan Fertigasi untuk 2015…?rasa bnyak berubah kosnya..

  36. EJA says:

    hi Tuan, saya mempunyai bekalan sekam padi yang banyak dan bercadang untuk menggunakan sekam ini sbg medium tanaman cili saya 100%. adakah tahap kesuburan dan hasil tanaman tetap tinggi dengan medium ini?

  37. Bob Nasrul says:

    salam tn ada ke fertigasi untuk patola…biasa nya cili, timun, dll

  38. matt says:

    salam tn.nak tnya brapa kos untk kseluruhan untk 2000 pokok halia shngga tuai..harga sbah?

    • ysuhaimi says:

      Wsalam. Satu polibeg halia kosnya RM 8.50. Saya boleh harga ke sana tetapi kos pengangkutan ditanggung oleh saudara. Jika berminat boleh email sales@myagri.com.my untuk quotation.

      • khairul anuar says:

        Salam.. saya brminat dgn penanaman cili padi.. minta tolong jelaskan sedikit sekiranya saya ingin memajak tanah berukuran 3 ekar dgn penanaman cili padi.. saya ingin memuatkan sebanyak 3000 pokok.. berapakah harga pasaran pajakan yg bersesuaian utk di pajak? Minta tlg jelaskan..

        • ysuhaimi says:

          Wsalam, selalu sewaan tanah pajak ini bergantung kepada status sendiri. Kebiasaanya tanah status pertanian sewaannya adalah sekitar yang paling tinggi RM 500 setahun. Ini kerana apabila tempoh pajakan telah tamat, tanah sudah bersih dan sedia untuk diduduki.

  39. khairul anuar says:

    Salam.. saya brminat dgn penanaman cili padi.. minta tolong jelaskan sedikit sekiranya saya ingin memajak tanah berukuran 3 ekar dgn penanaman cili padi.. saya ingin memuatkan sebanyak 3000 pokok.. berapakah harga pasaran pajakan yg bersesuaian utk di pajak? Minta tlg jelaskan..

    • ysuhaimi says:

      Wsalam, selalu sewaan tanah pajak ini bergantung kepada status sendiri. Kebiasaanya tanah status pertanian sewaannya adalah sekitar yang paling tinggi RM 500 setahun. Ini kerana apabila tempoh pajakan telah tamat, tanah sudah bersih dan sedia untuk diduduki.

  40. Nazry says:

    Salam…berapa kerap medium (coco peat) boleh digunakan…maksud saya berape musim?

  41. Muhd lizah says:

    Salam tuan,

    Adakah saiz poly bag akan mempengaruhi pembesaran dan kesihatan kepada pokok cili,

  42. mohamad zaidi says:

    Assalamualaikum..saya tiada langsung pengalaman dlm bidang tanaman cili merah.Saya ingin mencuba lebih kurang 800 pokok cili dlm polybag….Berapakah kos yg diperlukan untik keseluruhan jika saya mengusahakan sendiri dan dimana kah hasil tanaman boleh dipasarkan.

    • ysuhaimi says:

      Kos sepolibeg utk tanaman cili merah adalah RM 8.50. Harga ini termasuk sistem pengairan dan input seperti baja untuk satu musim. Walaubagaimana pun saya cadangkan agar saudara masuk kursus terlebih dahulu sebelum bermula.

  43. mohamad zaidi says:

    Assalamualaikum..saya tiada langsung pengalaman dlm bidang tanaman cili merah.Saya ingin mencuba lebih kurang 800 pokok cili dlm polybag….Berapakah kos yg diperlukan untik keseluruhan jika saya mengusahakan sendiri dan dimana kah hasil tanaman boleh dipasarkan.

    • ysuhaimi says:

      Kos sepolibeg utk tanaman cili merah adalah RM 8.50. Harga ini termasuk sistem pengairan dan input seperti baja untuk satu musim. Walaubagaimana pun saya cadangkan agar saudara masuk kursus terlebih dahulu sebelum bermula.

  44. zaidi ibrahim says:

    Selain dr jabatan pertanian…jabatan mana yg menganjurkan kursus cili…dan berapa kos

  45. mohammadsyazmir says:

    tuan..sy bercadang utk membuat tnmn fertigasi..tapi bolehkah tangki air poly ditukar kepada kolah air sahaja..sbb biler dikira kos membuah kolah air lebih murah dan lebih byk air boleh disimpan..

    • ysuhaimi says:

      Boleh tidak menjadi masalah. Tapi untuk kolah air baja perlu ditutup bagi mengelakkan air hujan masuk dan melarutkan kepekatan baja yang disetkan.

  46. afiq says:

    salam en. ysuhaimi, untuk kursus fertigasi cili, bila sesi seterusnya ya?

  47. nik mohd lizam says:

    tuan..perlukah saya ratakn sepenuhnya tapak untuk tanaman cili secara fertigasi…atau sekadar tutup tanah yg berlubang sahaja

  48. Ibnu Harun says:

    Sesuai tak fertigasi cili ini di buat di kawasan bekas sawah?

Leave a Reply