APA ITU HIDROPONIK ?

Walaupun teknologi hidroponik ini semakin dilupakan tetapi teknologi ini sememangnya memberikan keuntungan kepada pengusaha terutama bagi pengeluaran sayuran daun serta ulam – ulaman. Dengan kos permulaan yang tinggi, pengeluaran sayuran daun dan ulaman secara hidroponik dapat memberikan pulangan yang lumayan pada jangka masa panjang. Teknologi hidroponik ini telah lama dipraktiskan di negara barat seperti di Israel, Holland, Belgium dan Australia untuk. Namun begitu tahap kesedaran pengguna terdapat sayuran hidroponik di Malaysia adalah sangat rendah.

Hidroponik merupakan kaedah menanam pokok dengan menyediakan hampir keseluruhan keperluan nutrien dengan cara melarutkannya kedalam air dan diberikan kepada akar pokok. Tujuan hidroponik ialah untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu tersedia dan boleh diserap akar-akar pokok terus melalui air.

Pokok hidup dan membesar dengan mengambil sekurang-kurangnya 14 unsur yang berbeza dari tanah (bersama-sama 3 unsur-unsur lain yang lebih penting dari udara) untuk membuat makanannya melalui proses fotosintesis. Unsur-unsur ini tidak ujud bersendirian tetapi dalam bentuk sebatian seperti kalsium nitrat atau kalium nitrat dan lain-lain. Di dalam larutan, garam-garam sebatian ini dipisahkan dan ianya membentuk ion-ion. Sebagai contoh kalium nitrat tersedia untuk pokok sebagai ion K+ dan NO3- . Oleh itu kesemua unsur di atas hanya boleh diserap oleh akar pokok apabila ianya dalam bentuk yang terlarut dalam air.

Disebabkan nutrien yang diperlukan oleh pokok telah tersedia terlarut dalam air, ini bermakna bahawa akar tidak perlu lagi banyak dan panjang-panjang untuk merayau mencari makanan. Sebaliknya air yang diperkaya dengan nutrien (boleh larut) yang mengalir kepada akar itu menyebabkan pokok mengeluarkan akar yang kecil/sedikit tetapi efisien dan menggunakan tenaga untuk membesarkan bahagian pokok yang lebih bernilai seperti daun, bunga atau buah. Ini juga bermakna bahawa kita boleh menanam pokok dengan lebih rapat dan tidak perlu risau berlakunya pertandingan antara pokok kepada makanan yang mungkin berkurangan di sekeliling akar. Tetapi tidaklah terlalu padat sehingga ketidak-cukupan ruang di bahagian atas pokok untuk mendapatkan cahaya matahari dan gas karban dioksida.

Dalam sistem hidroponik, sisa nutrien yang tidak terambil oleh pokok dan nutrien yang tak seimbang dengan mudah boleh dibuang. Kemudian dengan menambah air bersih dan dengan adunan nutrien yang berbeza kita dengan mudah pula boleh menukar formulasi nutrien seterusnya menukar kesedia-adan nutrien kepada pokok. Dengan menukar keseluruhan nutrien membolehkan kita mengalirkan larutan lama keluar dari sistem pengairan dan media tanaman dan memberikan semula nutrien makro atau mikro dalam bentuk yang seimbang kembali. Dalam sistem tanaman konvensional menambah makanan mudah dilakukan tetapi untuk membuang sisa yang berlebihan adalah amat sukar. Sisa yang berlebihan inilah yang akan menyebabkan toksik kepada tanaman.

KELEBIHAN HIDROPONIK

• Tidak memerlukan kawasan yang luas.
• Masa menanam yang pendek = lebih pusingan tanaman setahun.
• Kerja-kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
• Air dapat dijimatkan kerana air tidak semuanya hilang – sebab berkitar.
• Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan.
• Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yang merbahaya.
• Masalah rumput dapat dikurangkan.
• Nutrient dapat dikitar kembali = penjimatan penggunaan baja.
• Hasil yang lebih tinggi.
• Kejutan kepada anak benih semasa mengubah dapat dikurangkan – anak benih tidak terencat.
• Musim menanam sepanjang tahun = tidak dipengaruhi oleh musim yang mungkin tidak menentu.
• Kualiti hasil yang tinggi dan sekata (uniform), suci dari sebarang sisa racun atau sisa gigitan makhlok perosak.
• Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit luas kawasan (kepadatan tinggi memungkin hasil maksima).
• Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis dan sebagainya
• Pokok–pokok hidroponik hanya memakan makanan (nutrien) yang kita beri, masalah logam berat dalam produk yang dihasilkan tidak timbul. Tanaman konvensional yang menggunakan najis ayam pula akan mengambil bersama-sama sisa-sisa antibiotik dan juga hormon-hormon. Jika berlebihan yang diambil mungkin akan membahayakan mereka yang memakan produknya.

KELEMAHAN HIDROPONIK

• Kos permulaan yang lebih tinggi.
• Tidak dapat faedah dari kelebihan aktiviti mikro-organisma dalam tanah.
• Memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan hidroponik.
• Memerlukan keperluan asas (air bersih dan tenaga letrik) yang lebih sempurna.
• Tidak semua jenis tanaman dengan mudah boleh ditanam secara hidroponik.

JENIS-JENIS/TEKNIK HIDROPONIK

1. Jenis statik
2. Deep Flow Technique (DFT) (teknik aliran dalam)/ Hidroponik terapung/ (DFT)/ Hidroponik rakit (Raft hydroponics)
3. Nutrient Film Technique (NFT)
4. Teknik pasang surut (Ebb and Flow Technique)
5. Teknik pengairan titis (Drip Irrigation Technique)
6. Aeroponik
7. Teknik aggregat

KEPERLUAN ASAS UNTUK SESEORANG MEMULAKAN PERUSAHAAN HIDROPONIK

1. Tanah/kawasan
2. Air
3. Tenaga elektrik
4. Rumah hidroponik
5. Biji benih
6. Nutrien/ baja

MASA DEPAN HIDROPONIK

Hidroponik merupakan teknik pengeluaran sayur-sayuran dan herba daun moden yang masih dianggap baru di Malaysia. Pengeluarannya secara komersil hanya bermula dalam awal tahun sembilan puluhan. Sehingga kini masih belum ada satu pengeluar gergasi yang menguasai industri hidroponik. Produk hidroponik didapati masih kurang di pasaran. Di setengah-setengah bandar pula tiada langsung produk yang dikeluarkan secara hidroponik. Sayur-sayuran jenis daun hasil keluaran hidroponik boleh dijamin suci dari sisa racun kulat atau serangga akan menjadi pilihan pengguna di masa kini dan di masa-masa akan datang. Dengan bekalannya yang masih berkurangan dan harga yang masih mahal, peluang untuk menceburi industri hidroponik ini masih terbuka luas. Diharap dengan bertambahnya pengusaha-pengusaha komersil hidroponik, sudah tentu produknya akan mudah diperolehi dan menjadi lebih murah seterusnya pengguna juga akan mendapat faedahnya.

Teknik pengeluarannya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, bersih, tanpa bau yang tidak menyenangkan dan tidak membebankan tenaga empat kerat dilaporkan telah dapat menarik golongan tenaga muda untuk menceburkan diri ke dalam industri ini.

Dengan keluasan tanah yang sesuai untuk pengeluaran sayur-sayuran secara konvensional semakin mengecil akibat pertandingan dengan industri lain terutama perindustrian’perkilangan dan penempatan, pengeluaran sayur-sayuran secara hidroponik akan terus membangun dan berkembang sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan sayur negara. Dengan pertambahan produk dari hidroponik ini diharap bil import negara yang berbilion ringgit akan dapat dikurangkan.

salad

kailan

pudina

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Hidroponik and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to APA ITU HIDROPONIK ?

  1. A Devarajan says:

    Sir,

    I am a Post Graduate in the field of Horticulture and working as State Manager for Parixit Industries Ltd., in Tamil Nadu (India). I have relatives in JB, KL and Penang. I have knowledge of GPS survey, drip irrigation design for large area, cad drawing for drip and polygreen house. I wanted to move to Malaysia. Wheather there will be any job opportunity in the same field?. Please guide me.

    Regards,

    A. Devarajan

  2. Sir,

    I am a Post Graduate in the field of Horticulture and working as State Manager for Parixit Industries Ltd., in Tamil Nadu (India). We have our manufacturing unit in Gujarath and we have branches all over India. I have relatives in JB, KL and Penang. I have knowledge of GPS survey, drip irrigation design for large area, cad drawing for drip and polygreen house. I wanted to move to Malaysia. Wheather there will be any job opportunity in the same field?. Please guide me.

    Regards,

    A. Devarajan

    • myagri says:

      Dear Devarajan,

      There are a lot agriculture job opportunities in Malaysia. My suggestion to you is you done some research and apply the job first because moving and settling in Malaysia.

      Regards,

      Myagri.

  3. Uno says:

    Tuan, tanya sikit. Adakah hidroponik lebih baik dari fetigasi? Secara tanaman dan penggunaan ruang? Tk.

    • ysuhaimi says:

      Saudara/i Uno,

      Fertigasi atau fertigation merupakan salah satu cabang disiplin hidroponik. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Secara amnya, fertigasi lebih sesuai untuk jenis tanaman/sayuran berbuah manakala hidroponik pula lebih sesuai untuk tanaman/sayuran berdaun. Kedua-dua sistem tanaman ini menggunakan ruang/tanah secara total bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

  4. Jadeng says:

    Adakah sayuran hidroponik selamat dimakan?

Leave a Reply to Jadeng Cancel reply