15 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENGUSAHA FERTIGASI (Bahagian 2)

Kali ini kita sambung lagi lima kesilapan yang sering dilakukan oleh pengusaha fertigasi.

6. Penggunaan Teknologi Lama

Penggunaan teknologi lama iaitu penggunaan mikro tiub 4 mm yang perlu dipasang dengan penitis (dripper) yang mempunyai pressure regulator. Penitis yang mempunyai pressure regulator ini sering tersumbat pada bahagian filternya. Ini menyebabkan air tidak sampai ke pokok. Masalahnya, pengusaha terpaksa memberus filter tersebut dengan berus gigi bagi menggelakkannya tersumbat. Kalu 10 pokok tidak apa, kalu 3000 pokok macam mana nak gosok. Ini dipanggil fertigasi gosok gigi.

7. Kaedah penyemaian yang salah

Masih ramai pengusaha fertigasi yang tidak tahu cara penyemaian yang betul. Justeru itu, terdapat pelbagai cara kaedah penyemaian dilakukan. Anak benih yang baik menjamin kejayaan projek fertigasi.

8. Susunan pokok yang padat

Susunan polibag yang tidak betul akan mendatangkan kesukaran bagi kita menguruskan tanaman kita termasuklah kawalan serangga perosak dan sewaktu memungut hasil.

9. Tidak cukup ilmu fertigasi

Pemasangan sistem pengairan fertigasi yang salah akibat tidak cukup ilmu fertigasi. Oleh kerana, bagi mereka yang baru hendaklah bermula dalam bidang Fertigasi ini perlulah / wajib menghadiri kursus fertigasi.

10. Sistem saliran air ladang yang tidak berfungsi

Tapak ladang fertigasi hendaklah rata dan mempunyai sistem saliran air yang baik bagi mengelakkan banjir dan merugikan kita. Kebanyakkan pengusaha fertigasi lupa dan alpa tentang kepentingan mempunyai sistem saliran air yang baik di ladang fertigasi.

Kita akan sambung 5 kesilapan lagi pada artikel yang akan datang.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to 15 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENGUSAHA FERTIGASI (Bahagian 2)

  1. Faisal Azmi says:

    Macamana nak overcome kesilapan nombor 6 tu?

  2. alfie says:

    aku jek confuse lagi pasal tak start cuma nk info jek lagi .. kalau ada gambar lagi bagus. Hari tu ada nmpk petani gunakan polypipe 16mm dia letak atas polybeg. Straight line tak perlu mikro tube ngan pen dripper… bolehke? lagi satu kalau guna waterpump 2HP agak agak berapa jauh air tu boleh supply? kalau 2 ekar ada 8 ribu pokok, dari pokok pertama smpi pokok terakhir jumlah air baja yg disupply sama rata ke? TQ!

  3. fikri says:

    assalammualikum, sy pljr politeknik ibrahim sultan. skrg saya sedang membuat reserch untuk membuat satu sistem fertigasi secara automatik. masalah yg timbul skrg ialah:
    a) bagaimana utk memastikan tekanan air pada setiap saluran adalah sama.
    b) apakah ph yg sesuai utk tanaman mengunakan kaedah ini, krna sy perlu membuat sistem utk mengesan kadar ph pd tank air baja tersebut.

    hrp bro2 sekalian dpt membantu saya….

    • ysuhaimi says:

      wsalam

      jawapan:

      a) untuk mendapatkan tekanan dan aliran air yg sekatan adalah dengan menggunakan sistem pengairan looping.

      b) pH yang sesuai untuk tanaman secara fertigasi adalah di antara 5.5 – 6.5

  4. Surendran says:

    Bila tarikh latihan fertigasi chili untuk bulan Nov atau Dec 2015. Dan lokasinya

    • ysuhaimi says:

      Bulan November Kursus cili pada 21 hb dan 28 hb. Masih ada satu seat untuk kedua-dua hari tersebut. Lokasi di Taman seri serdang. Untuk booking sila whatsapp 017- 6486 713

Leave a Reply