Baja Foliar Mudah

Kali ini kita nak belajar buat baja foliar secara mudah dengan menggunakan baja ab fertigasi. Pemberian baja Foliar ab kepada tanaman dapat membantu pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman. Baja foliar ab ini sesuai digunakan kepada tanaman fertigasi dan konvensional.

Cara-cara:

1) Sediakan dan larutkan komponen baja ab ke dalam tong stok.

2) Bancuhkan ab ke dalam air dengan mendapatkan bacaan EC di antara 1.6-1.8 uS.

3) Spray ke tanaman fertigasi atau konvensional

4) Jika anda menanam secara fertigasi, gunakan sahaja ab yang ada. Jika anda ada baja ab cili, gunakan baja ab cili sebagai foliar.

5) Foliar baja ab sememang telah diuji keberkesanannya pada tanaman cili fertigasi dan bendi konvensional. Penggunaan foliar baja ab pada tanaman tersebut terbukti menggalakkan pertumbuhan dan meningkatkan hasil pada kedua-dua tanaman tersebut.

6) Foliar baja ab mengandungi segala unsur makro dan mikro nutrien yang diperlukan oleh pokok.

7) Kekerapan semburan foliar ab ini yang disyorkan adalah seminggu sekali. Manakala waktu yang sesuai untuk melakukan semburan adalah pada awal pagi sebelum pukul 10am atau lewat petang selepas pukul 5pm.

8 ) Walaubagaimanapun foliar baja ab ini mempunyai beberapa kekurangan. Kekurangan utama foliar baja ab ini adalah ia mengandungi banyak makro nutrient atau dalam bahasa mudah banyak unsur besar. Makro nutrient ini akan melambatkan kadar penyerapan baja ab oleh stomata daun.

9) Kekurangan kedua adalah kita akan mudah terlebih bagi baja pada tanaman. Dimana kelebihan nutrient atau baja pada tanaman tidak akan memberikan/meningkatkan hasil tanaman tetapi hanya akan meningkatkan kos kita, terutama pada tanaman secara fertigasi. Tetapi jika penggunaannya betul, kita dapat menggurangkan kos baja sebanyak 80% terutama pada tanaman fertigasi!

10) Jangan bimbingan, bagi mengatasi masalah tersebut saya akan kongsikan bersama-sama anda semua jikan anda berminat. Jika mendapat permintaan yang ramai, saya akan buat kursus baja foliar. Dalam kursus ini, saya kan tunjukkan bagaimana caranya:

a) Membuat baja foliar (booster spray) untuk membetulkan simptom kekurangan nutrient pada tanaman.
b) Cara membuat baja foliar mudah serap oleh tanaman.
c) Cara menjimatkan baja dengan menggunakan baja foliar.
d) Foliar – foliar yang sesuai digunakan untuk tanaman.

Walaubagaimanapun SELAMAT MENCUBA….

This entry was posted in Baja Foliar, Cili, Fertigasi, Hidroponik and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Baja Foliar Mudah

  1. ysuhaimi says:

    Siapa minat kursus buat baja foliar?

  2. Marcus Lee says:

    Hi ysuhaimi,
    i berminat untuk ikuti kursus buat baja foliar /ab. i dah start semai cili centil 3 minggu lepas…

    Pls reply.

    Thks.

    • myagri says:

      Hi Marcus!

      Anda sudah semai cili padi centel. Tempat kawasan anda di mana? Apabila sudah cukup peserta kursus saya akan hubungi anda. Boleh tinggal email anda.

      • Marcus says:

        good morning…
        sy tinggal di JB Skudai..sudah 5 bulan cuba tanam 1st time di tepi rumah guna cara fertigasi..last mth i guna baja soluble from kedai (nak try-try jugaklah), tapi semua “hangus”…daun2 jadi kuning & drop-dead…hahaha.. (bagi sy kalau dapat jimat dan tau cara pembajaan yg betul boleh dapat hasil yg baik..) harap u boleh share2 skit your knowledge… email sy: johnmarcuslee@yahoo.com TQVM! Salam…

  3. Marcus Lee says:

    Sy dari Skudai JB…first time cuba fertigasi cili 5 bln lepas..kemudian try baja soluble dari kedai. Pokok cili hangus semuanya (daun jadi kuning dan “drop-dead”!
    Bagi sy kos baja ab agak mahal-lah..skarang nak cari alternatif baja..nak blajar..Harap ysuhaimi boleh share dgn sy some knowledge u…
    Boleh email saya: johnmarcuslee@yahoo.com
    TQVM!

  4. zamakhsyari says:

    saya dr selangor..mcm menarik..saya nak join kursus ni..email saya zamakhsyarimustaffa@gmail.com…tq..

  5. myagrii says:

    bos saya ada 20 peserta kursus foliar kicap manis nak join kursus u boleh x, tapi we all malaysian suka projek/kursus/ secara percuma kalau ok fix the date, Rodney mu, pon nak joint juga tapi nak belajar foliar keju kicap manis emm

  6. Aziz Mohamad says:

    Insyallah akan ikut serta hello saya 0139359108.

Leave a Reply