Penyakit Tanaman Fertigasi Rockmelon / Mas Melon

Ada dua penyakit utama tanaman mas melon atau pun tembikai wangi yang selalu menyebabkan kerosakkan yang tinggi pada tanaman tersebut. Dua penyakit tersebut adalah Downy Mildew dan Powdery Mildew. Kedua-duanya adalah akibat jangkitan kulat pada daun tanaman rockmelon. Jika tidak dirawat dengan cepat serta penggunaan racun yang betul akan menyebabkan pokok mati dan menurunkan hasil sehingga 50% daripada hasil sebenar. Kedua-dua jenis penyakit ini terjadi apabila keadaan persekitaran lembap dan hujan bagi penanaman rockmelon terbuka. Selalunya penyakit ini menyerang apabila putik-putik buah telah jadi.

Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis)
- Siptom: Tompok-tompok bersegi warna kuning pada daun, Tompok bermula dari bawah dan merebak ke atas. Jika serius daun menjadi kering dan pokok mati.

Powdery Mildew (Erysiphe cichoracearum)
- Siptom: Tompok-tompok putih pada daun. Daun yang dijangkiti akan bertukar menjadi kuning kemudian perang dan akhirnya daun kering.

Pencegahan
1) Pasti kawasan penanaman mempunyai pengudaraan atau aliran udara yang baik.
2) Kepadatan atau bilangan pokok yang sesuai. Penanaman yg padat akan menyebabkan penyakit merebak dengan cepat.
3) Gunakan jarak tanaman yg betul.
4) Penggunaan sistem kawalan serangga perosak dan penyakit secara bersepadu.

Kawalan
Semburan kuprum boleh digunakan bagi merawat kedua-dua penyakit kulat ini. Racun yang disyorkan adalah Redomil (nama komersial). Sangat berkesan!

Dalam artikel seterusnya kita akan sembang pasal jenis-jenis racun kulat.

Location:Jalan 1a/4,Shah Alam,Malaysia

This entry was posted in Fertigasi, Melon, Penyakit Tanaman and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Penyakit Tanaman Fertigasi Rockmelon / Mas Melon

  1. ching tiongsien says:

    saya sangat berminat menanam rock melon. saya ada tanah pusaka 3ekar yang terbiar lebih 30tahun. Bolehkah saya menanam rock melon tanpa rumah pelindung?Saya harap anda dapat bantu saya buat costing dan anggaran keuntungan.
    Adakah anda mempunyai pelan memulakan sebuah ladang rock melon?

  2. myagri says:

    Rockmelon boleh ditanam secara terbuka dengan menggunakan kaedah penanaman dan pengurusan yang betul. Kami boleh membantu anda dalam membuat costing dan juga anggaran keuntungan. Kami memang terlibat dalam membantukan ladang pertanian terutama bagi tanaman fertigasi seperti rockmelon, cili dan lain – lain lagi. Harap anda dapat menghubungi kami menerusi email bagi mengetahuai kaedah penanaman dengan lebih lanjut.

  3. assalam. saya ada 1 ekar tanah di hulu langat yang lama terbiar. saya ingin tanam rockmelon agar dapat jana pendapatan.saya mohon tunjuk ajar, kursus, pembekal dari semua aspek untuk mulakan projek fertigasi rockmelon. saya sudah hantar makluman diri : email majidrs@yahoo.com;sms 0193367511. sekian terima kasih. Hajjah rasidah soraya

    • ysuhaimi says:

      Kursus akan diadakan di Kuala Terengganu dan Johor pada bulan empat. Boleh hubungi saya di talian 0173052951

Leave a Reply