Punca Kegagalan UTAMA Projek Fertigasi

Kali ini aku nak berkongsi sedikit berkenaan program lawatan pemantauan dan khidmat nasihat kepada salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Aku begitu kecewa dengan cara dan kaedah semaian mereka ini. Kerosakkan anak benih pada peringkat nurseri lagi merupakan punca UTAMA kegagalan projek fertigasi. Keadaan nurseri yang menyedihkan, tidak bersih, dipenuhi rumput serta jaringnya bocor sana-sini mengundang serangan serangga seperti lalat putih dan lain-lain pada peringkat benih lagi. Simptom kerosakkan seperti virus hanya muncul selepas anak benih dipindahkan ke polibeg. Sering kali aku lihat masalah ini di lapangan.

Kebanyakkannya aku lihat extension agent dan usahawan masih belum mahir dalam kaedah penyemaian dan penjagaan anak benih pada peringkat nurseri. Sikap sambil lewa dalam penjagaan anak benih merupakan punca utama kegagalan projek fertigasi. Anak benih cili fertigasi sebaik-baiknya berusia 21 hari telah sedia untuk dipindahkan ke polibeg atau bekas tanaman. Ini kerana anak benih yang berusia lebih 30 hari dikira sebagai benih tua dan kurang produktif. Sewaktu di peringkat nurseri lagi anak benih perlu diberikan larutan baja dengan kepekatan rendah bagi memastikan pertumbuhan yang seragam dan mempunyai survival rate yang tinggi apabila dipindahkan ke polibeg kelak.


Tray – tray semaian yang mengandungi anak benih seelok-eloknya diletakkan diatas meja atau para dan ianya kurang sesuai dan mudah rosak jika diletakkan di atas tanah.


Persekitaran dalam nurseri yang kurang bersih serta berumpai mengundang serangga perosak.

This entry was posted in Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Punca Kegagalan UTAMA Projek Fertigasi

  1. Dr Satrian says:

    Wah. Pendedahan eksklusif ni. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Mohon sentiasa terus menabur ilmu yang bermanfaat tentang pertanian di sini, kerana saya minat bertani.

    • ysuhaimi says:

      Bukan hendak mengaibkan sesiapa cuma jadikan iktibar dan pengajaran supaya bidang pertanian kita bertambah maju serta dapat meningkatkan pendapatan pengusaha.

  2. areen says:

    sayang sangat anak benih rosak peringkat awl

  3. Myagri says:

    Itulah. Nak bt mcm mana?

  4. Fadhil says:

    boleh kongsi spec utk nurseri tak bro? contohnya mesh jaring yg disyorkan ke, saiz nurseri yg terbaik ke…dll

  5. ysuhaimi says:

    Nanti aku tuliskan artikel untuk spec nurseri. Skrg ni berada di Sarawak. Lawatan kerja.

Leave a Reply