Pakej Fertigasi

Dewasa ini, sering kita lihat banyak syarikat – syarikat swasta ataupun consultant yang maha hebat menawarkan pelbagai jenis pakej fertigasi. Jika anda melanggan pakej a keuntunggan anda sebanyak RM y. Jika ambik pakej b, keuntunggan anda sebanyak RM z. Setiap pakej mesti untung. Tidak pernah ada cerita macam mana nak perolehi keuntungan tersebut. Adakah cukup hanya melanggan pakej fertigasi tersebut sudah memadai untuk memperolehi keuntungan. Tidak pernah ada consultant yang menceritakan risiko atau masalah yang akan mereka hadapi apabila projek bermula serta cara – cara mengatasi masalah tersebut.


Rata – rata mereka yang menjadi consultant merupakan mereka yang baru berkursus 2 hari, balik kursus dah jadi consultant dan jadi pakar. Bolehkah kita menjadi pakar dalam masa 2 hari kursus dan 1 musim penanaman pun tak habis! Ini pakar menipu orang adalah. Untuk diketogorikan sebagai pakar anda minimum mesti terlibat dalam bidang fertigasi selama 15 tahun dan seorang penanam fertigasi. Baru boleh dikira pakar.

Pernah saya jumpa kerja konsultant jalanan yang balik kursus fertigasi 2 hari terus buat consulting. Begini ceritanya yang berlaku di MUAR. Yang kena tipu melanggan pakej 10000 pokok cili dengan harga pemasangan RM8.00 sepokok. Total RM80 000. Masalahnya, kos terlalu mahal sedangkan kos sepokok adalah RM3.50. Baja fertigasi hanya diberikan 4 set. MANA CUKUP!. Pemasangan sistem pengairan adalah seperti kartun. Ada 6 tangki air, setiap tangki dipasang 6 pump submersible 1hp. APA PUNYER BODOH PUNYER DAH! PAKAI LAH PUMUP CENTRIFUGAL 2.5 HP KE ATAS dan buat pemasangan paip untuk menghubungi setiap tangki air. INI KERJA KONSULTANT BANGANG YG TAK HABIS SEKOLAH LAH PASAL FERTIGASI!!!

Ini pula cerita dua yang saya dengar. Pergi kursus konsultant dan ambik pakej untuk 1000 polibeg dengan harga RM30,000. Baja kasi hentam 30 set untuk 2000 pokok. BANYAK TU! HABIS musim pertama, pendapatan tak dapat nk cover kos. Nak mula musim kedua nak beli peat moss duit pun takde. Sepatutnya kalau open fertigation satu musim dan cover kos dan perolehi keuntungan!

Banyak kisah lagi nak certiakan. Macam – macam cerita saya dengar. Lain kali kita mestilah dapatkan maklumat yg tepat. Jangan tergesa-gesa terjun dalam satu-satu bidang. DAPATKAN ILMU DAHULU. Semoga coretan saya ini menjadi teladan kepada kita semua.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Pakej Fertigasi

  1. Devarajan says:

    Sir,

    Kindly tell me that you are growing green chillies in greenhouse or open cultivation.

    Best regards,

    A. Devarajan

  2. Fadhil says:

    Boleh MyAgri recommend kan tak tempat jualan barang-barang fertigasi yang bagus di sekitar kuala lumpur/selangor/negeri sembilan? harap pengalaman pakar dapat membantu. terima kasih

  3. afif adzhan says:

    nak beli dripper compensetting..dah try byk tempat takde..any idea?

  4. wan says:

    Apa kelebihan dripper 1/1.5mm compare dgn 4mm tuan? Tak senang sumbat ke? Maaf baru belajar.

  5. Boss , Vanakkam! I really like your portrait of Rajnikanth. only you muste learn to flippe that dum like ay do all ther time.
    greetings on all your postings. I enjoy reading them every night as I am deeply contemplating going into chilly fertigasi . Cuma menunggu masa . Very serious about it.
    And i think you are one of the best guys around and truly an expert in fertigation. You are the guru for thousands of readers in these postings.
    And saya suka benar posting saudara kerna saudara berterus terang dan iklas.
    I wish you all the best and may we meet someday. !

Leave a Reply to ysuhaimi Cancel reply