Spesifikasi Rumah Semaian yang Sempurna

Salam 1 Malaysia. Di atas permintaan ramai pembaca myagri. Saya akan story sedikit sebanyak tentang spesifikasi rumah semaian yang sesuai bagi semaian anak benih tanaman fertigasi mahu pun konvensional.

Terlebih dahulu, elok kita lihat dulu kaedah semaian. Terdapat dua jenis kaedah semaian yang digunakan di dunia ini. Yang pertamanya, menggunakan kaedah semaian seedling beds dan keduanya menggunakan bekas atau container.

Kaedah semaian seedling beds ini merupakan kaedah semaian di atas batas semaian yang panjang dengan menggunakan campuran tanah semaian. Selepas anak benih cukup matang, anak benih dipindahkan daripada batas semaian ke batas tanaman. Kaedah ini jarang boleh jumpa di Malaysia. Sebab itu aku tak boleh nak provide gambar. Kalu gambar di internat banyak. Google ajer seedling beds, banyak keluar pasal teknik semaian ini.
Kelemahan utama teknik ini adalah sukar untuk kita pastikan anak benih kita betul – betul bebas daripada penyakit serta sukar kita mengawal serangan serangga perosak dan penyakit di atas batas semaian.

Kaedah semaian menggunakan bekas atau container ini adalah kaedah menyemai di dalam bekas seperti tray semaian. Ini kaedah semaian yang biasa digunakan oleh pengusaha / petani di Malaysia. Ini kerana mudah untuk pengurusan. Sekarang ini pun, pengusaha tanaman jagung pun dah gunakan kaedah semaian dalam tray untuk berhektar – hektar tanaman jagung mereka. Ini sepuya tanaman jagung mereka seragam.




Ok tak nak cerita panjang berkenaan kaedah semaian, nanti dalam posting akan datang, saya cerita lebih.

Berbalik kepada cerita rumah semaian.

Bahan binaan rumah semaian yang boleh digunakan adalah terdiri daripada kayu – kayan, buluh, besi, besi G.I. Ketinggian rumah semaian yang sesuai bagi pengudaraan secara semulajadi adalah 8 kaki. Lebar dan panjang adalah bergantung pada tuan punya rumah semaian. Atap rumah semaian mesti lutsinar. Bahan bagi atap yang paling mudah adalah terdiri daripada polyethelene UV plastik ber-UV dengan ketebalan 0.18 mm. Manakala Dinding rumah semaian pula terdiri daripada jaring kalis serangga dengan 24 mesh atau 32 mesh.

Kenapa kita menggunakan atap lutsinar. Ini kerana anak benih cili memerlukan cahaya bagi pembesaran yang sempurn dan seragam. Jika kita perhatikan, rumah semaian yang menggunakan atap yang gelap, anak benihnya biasanya akan bengkok ke tepi. Ini kerana adalah sifat tumbuhan yang mencarikan ataupun photo sensitive. Kalau nak cerita aku rasa panjang pula posting ini. Ini dah masuk bab plant physiology. Rumah semaian yang menggunakan atap lutsinar biasanya lebih seragam pertumbuhannya.

Penggunaan jaring kalis serangga pula adalah untuk meminimakan serangga seranga perosak seperti lalat putih. Kita harus ingat 80% kegagalan projek pertanian adalah disebabakan anak benih yang tidak sihat.

Tray semaian pula perlulah diletakkan diatas para / meja bagi menggelakkan serangga perosak. Para bagi meletakkan tray semaian perlu level. Para yang dibina tidak boleh bertingkat. Ini kerana cahaya yang diterima oleh anak benih dalam tray semaian menjadi tidak seragam. Anak benih di para atas mendapat cahaya yang mencukupi manakala anak benih di tingkat dua akan bengkok ke tepi bagi mencari cahaya.


rumah semaian 5 bintang


rumah semaian gua kelam, yang gelap – gelita dalamnya. TIDAK SESUAI


Keadaan anak benih dalam rumah semaian gua kelam, yang gelap – gelita dalamnya. TIDAK SESUAI


rumah semaian berdindingkan net hitam. KURANG SESUAI


ANAK BENIH CILI BENGKOK MENCARI CAHAYA MATAHARI


rak / meja semaian yang baik


rumah semaian yang ringkas tetapi memerlukan kawalan serangga perosak yang rapi


?????

Untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya melalui ysuhaimi@myagri.com.m

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Hidroponik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Spesifikasi Rumah Semaian yang Sempurna

  1. alfie says:

    saya difahamkan direct sunlight yang terik tak elok utk anak pokok… betul ke? ke mmg perlu direct sunlight ni? ada ke net dinding warna putih?

  2. firdaus says:

    salam… boleh ke saya berkursus fertigasi di tempat saudara… tk

  3. salahudinanwar says:

    salam. boleh sy tahu detail kenapa tanaman dlm semaian perlukan direct sunlight? tq

  4. firdaus says:

    jaring putih dgn plastic lutsinar tu kita boleh beli di hardware ke?

  5. azilah says:

    di mana untuk mendapatkan uv polynetting 24 mesh untuk green house di malaysia

Leave a Reply