First Time in My Life

1.Minggu lepas saya berkongsi posting mengenai serangga afid dalam Siri Mengenal Serangga Perosak Fertigasi.

2.Biasanya koloni afid ini kita boleh jumpa di kebun atau ladang yang tidak diuruskan dengan baik, termasuklah kerja – kerja kawalan serangga perosak.

3.Ini adalah contoh terbaik.

4. Pengusaha ini tidak memahami kaedah pengurusan serangga perosak pada tanaman cili dan akibatnya pokok cili menjadi sarang kerengga.

5. Menurut pengusaha ini, ada consultant jalanan memberitahu beliau bahawa pokok cili hanya perlu diracun apabila usia pokok mencapai sebulan.

6.Tanaman cili fertigasinya menjadi tempat kerengga bersarang kerana banyak koloni afid yang membekalkan makanan kepada kerengga (baca balik posting ini).

7.Cerita banyak tak guna jom kita layan gambar kebun fertigasi beliau ini.

8.Ini lah akibat menggunakan servis consultant jalanan.

9.Diharap cerita ini menjadi teladan kepada kita semua supaya mengamalkan kaedah kawalan serangga perosak yang betul dan berkesan.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kawalan serangga tanaman and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply