Cerita Consultant

Baru-baru ini saya ada terima sms, berkenaan cara mengenal pasti consultant yang baik dan bukannya “conman”. Tergerak hati saya untuk bertanya, kenapa nak gunakan consultant? Kenapa tidak belajar ilmu fertigasi dan buat sendiri? Sekurang-kurangnya, kita sendiri bos dan consultant kpd projek kita sendiri.

Cuma di Malaysia sahaja, pengusaha berani menggunakan servis consultant terus apabila memulakan projek di dalam bidang pertanian. Adakah bidang pertanian ini begitu kompleks seperti kita nak bina bangunan sekolah atau balai raya kampung. Adakah fertigasi ini begitu kompleks? Lupakah kita nenek moyang kita bertani dahulu kala sebelum wujudnya perkataan konsultant di dunia.

Pertanian bukan sesuatu bidang yang sukar. Everybody can do it, cuma harus belajar sedikit ilmu untuk optimumkan hasil dan pertumbuhan pokok. Itu sahaja. Secara jujur banyak ahli ekonomi, jurutera, arkitek dan peguam belajar fertigasi daripada saya dan mereka lakukan sendiri tanpa kehadiran insan yang bernama consultant di sisi.

Bukan nak berkata buruk, tetapi menurut pengalaman saya, consultant fertigasi ini kebanyakkannya ‘conman’, dan rata-rata daripada mereka adalah mereka – mereka yang gagal dan separa gagal. Apabila nak cover modal mereka balik. Mereka jadi consultant, penjual barang dan lain- lain servis fertigasi. Jadi consultant adalah easy money dalam bidang pertanian.

Kebiasanya mereka yang berjaya di dalam bidang pertanian terutama fertigasi, akan sibuk membesarkan perusahaan masing-masing. Daripada 3000 polibeg menjadi 10000 polibeg, tanpa sibuk-sibuk membuat atau menjadi consultant. Mereka – mereka yang betul – betul berjaya hanya sekadar berkongsi pengalaman dan menolong sahaja tanpa cos.

Maklumlah bila jadi consultant modal sikit mungkin kos petrol atau diesel bagi mereka- mereka yang pakai pickup 4wd. Mereka-mereka yang menggunakan servis kosultant ini lah yang mengeluarkan modal. Dua modal pulak tu, modal projek dan modal bayar kosultant. Projek gagal, kosultant pun lesap. Lepas itu, timbullah cerita bukan-bukan pasal tuan punya projek. Sebagai contoh: tak ikut cakap consultant lah, duit upah tak bayor dan bermacam – macam madah berhelah lagi.

Cuba bayangkan sekali buat projek siap pasang sistem fertigasi boleh dapat RM80 K tunai. Siapa yang tak mahu kan? Tuan –tuan mesti mahu kan.

Walaubagaimana pun, saya akan kongsikan juga sedikit petua untuk dijadikan pedoman dalam kita mengenal jati diri seorang consultant.

First, kita haruslah dapatkan standard kos, hasil dan pertumbuhan pokok daripada jabatan, agensi kerajaan dan industri, mereka – mereka yang telah terlibat atau buat fertigasi dan terakhir sekali consultant pilihan. Kemudian banding, gunakan sedikit ilmu logik serta kewarasan dalam membuat perbandingan terhadap ketiga-tiga sumber tadi. Pada posting akan dtg, saya tuliskan mengenai perbandingan ini dengan lebih lanjut dan formula kira-kiranya.

Tanya satu soalan yang berbunyi” berapa pokok cili fertigasi yang tuan consultant tanam?” Kalau jawapan dia 3 pokok di tepi rumah tinggalkan lah dia. Dan yang paling penting skali, buat lah lawatan ke projek fertigasi consultant. Perkara ini wajib, lawatan hendaklah lawatan berjadual dan lawatan mengejut.

Sesunguhnya, pertanian adalah perniagaan, mmg betul, pertanian ini adalah lubuk duit segera dan mudah. Justeru itu wujudlah mereka – mereka yang sering mengambil peluang dengan menjadi consultant. Dan bukan semua consultant pertanian adalah jahat dan tidak betul, masih ada lagi consultant yg bagus dan betul – betul berilmu serta mahir di luar sana. Cuma bak kata pepatah, akibat nila setitik, rosak susu sebelangga. Mereka-mereka yg seperti nila ini lah yg memberikan nama buruk kepada industri fertigasi.

Kepada pengusaha – pengusaha baru dalam bidang fertigasi carilah consultant yang tepat dan betul lagi mahir. Masih ada ramai lagi di luar sana. Cuma perlu lihat dan pilihan dengan teliti.

Kepada mereka – mereka yang sudah menggunakan servis konsultant bolehlah kongsi di ruangan komentar.

Sekian, terima kasih.

P/S: Cuma saya tidak mahu listkan di sini consultant yang bagus takut nanti berat sebelah

Kongsikan!
  • 8
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares
This entry was posted in Cerita kegagalan, Cili, Fertigasi, Melon, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cerita Consultant

Leave a Reply