Sekitar MAHA 2012…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism International Show 2012 atau MAHA International 2012 hampir menuju ke penamatnya (esok 2.12.2012). Anda semua dah pergi tengok MAHA belum? Kalau belum ambillah peluang hari terakhir esok untuk jalan – jalan di MAHA.

Bagi mereka – mereka yang dah pergi ke MAHA boleh lah berikan pendapat dan komen korang tentang MAHA 2012 ini di ruang commmentar. Best atau tidak MAHA kali ini. Heh3.

Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah booth Pertubuhan Peladang yang memamerkan fertigasi gantung pada MAHA 2012 ini. Fertigasi gantung ini bukan sesuatu yang baru, malahan telah dipratiskan oleh beberapa pengusaha di Malaysia yang kawasan penanaman mereka banjir. Kaedah Fertigasi gantung ini adalah alternatif kepada pengusaha yang mengalami masalah banjir. Kaedah ini bermula di Kuantan pada tahun 2008 dan terus menjadi ikutan ramai termasuklah Pegawai Pertubuhan Peladang.

Salah satu alasan mereka yang menggunakan fertigasi gantung ini adalah untuk menggelakkan soil borne disease. Alamak…hang pakai polibeg pastu hang gantung lagi. Sangat2 secure. Dah pakai polibeg soil borne ikut mana lagi. Tetapi, saya hanya akan berbincang melalui satu sudut iaitu sahaja iaitu sudut teknikal. Bab ekonomi tentang fertigasi gantung ini belum mahu sentuh lagi takut ada yang terluka hatinya.

Sudut Teknikal

Daripada segi teknikal aku tak nak sentuh banyak takut nanti ada yang terluka hatinya. Heh3.

Jenis tanaman yang sesuai untuk fertigasi gantung ini adalah tanaman yang menjalar dan kurang penyelenggaraan seperti prunning tunas air. Cadangan tanaman yang paling sesuai untuk kaedah ini adalah timun. Ini kerana timun merupakan tanaman yang lasak dan kurang maintainance.

Malahan Pertubuhan peladang mensyorkan agar dijalankan intergration crop di bawah fertigasi gantung ini. Antara tanaman yang dicadangkan untuk intercropping adalah rosemary, kencur, kesom, pegaga dan cili. Tetapi apabila canopy tanaman seperti timun ini mula naik, ianya akan menggurangkan atau menghalang cahaya kepada tanaman di bawah. Justeru itu untuk tanaman yang sesuai untuk diintercropping bersama – sama sistem ini adalah daripada jenis herba.

Malahan terdapat juga pengusaha yang menanam terung dan cili menggunakan fertigasi gantung ini. Di sini, saya nak sentuh sedikit pengurusan tanaman iaitu pengurusan penyakit dan serangga perosak. Macam mana kita nak spray racun pada tanaman terung dan cili. Ini membahayakan operator yang menyembur racun. Cerita sokongan pokok terung dan cili lagi tak payah cerita. Sebab itu fertigasi gantung ini hanya sesuai untuk tanaman jenis menjalar seperti timun.

Cuma aku tertanya – tanya macam mana pengusaha nak buang tunas air melon kalau canopy berserabut atas trelis itu nanti.


Kira-kira bagi fertigasi gantung timun.


Jualan fertigasi gantung rockmelon. Heh3


Rantaian pengeluaran tanaman cili oleh pertubuhan peladang.

Kesimpulan

Inovasi sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sektor pertanian. Terutama apabila Kerajaan cuba mengTransformasikan Pertanian ke arah Pertanian Moden. Justeru itu, fertigasi gantung ini boleh menjadi satu alternatif bagi mereka – mereka yang mahu bercucuk tanam tetapi mempunyai tanah yang berisiko untuk banjir bukannya untuk elak soil borne. Untuk elak soil borne disease ini hanya gunakan fertigasi sahaja cukup. Pilihan tanaman juga terhad bagi fertigasi gantung ini hanya untuk tanaman yang menjalar.

Jadi kepada pengusaha fertigasi semua, fikir – fikir kanlah. Tuhan berikan kita akal, jadi gunakan lah. Mungkin pengusaha – pengusaha yang sudah mengcuba kaedah fertigasi gantung ini bolehlah berikan komen di ruangan komentar.

P/S: Sedikit info menarik tentang MAHA. MAHA yang pertama telah diadakan pada tahun 1923.

Kongsikan!
  • 5
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares
This entry was posted in Tanaman Fertigasi, Travel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Sekitar MAHA 2012…

Leave a Reply