Lalat Buah: Edisi Fertigasi

Saya sering mendapat pertanyaan tentang permasalahan penyakit dan serangga perosak tanaman fertigasi terutama lalat buah. Sebagai contoh soalan seperti di bawah:

salam tuan…saya banyak dapat info dalam website tuan myagri..dalam satu posting dalam website myagri tuan nyatakan jangan guna pemikat lalat buah…jadi cam mana cara untuk kawal lalat buah secara efisyen?..

Saya sekadar berkongsi pengalaman dan penyelesaian terbaik bagi membasmi masalah lalat buah ini.

Masalah lalat buah merupakan masalah utama menyerang sistem tanaman fertigasi terutama tanaman cili.

Jika serangan lalat buah berlaku, buah cili tidak dapat ditunggu masak merah. Jika dibiarkan masak merah, buah cili akan menjadi lebih berair, akibat larva ulat yang memakan bahagian dalam buah cili.

Kebiasanya, lalat buah akan menyuntik telurnya sewaktu buah cili hampir masak.

Lalat buah ini pula, akan menyuntik kesemua buah cili yang berada di dalam ladang.

Persoalanya, apakah penyelesaian masalah ini???

Ada berpendapat penyelesaian terbaik adalah hormon pemikat lalat buah atau methyl eugenol.

Memasang perangkat pemikat lalat buah dengan memasang perangkap air yang dititis dengan methyl eugenol di dalam botol. Adakah ini penyelesaiannya???

Ramai pengusaha fertigasi memasang perangkap ini di dalam kawasan kebun sendiri. Tetapi tindakan seperti akan menarik lebih banyak lagi lalat buah daripada kawasan luar masuk ke kebun anda.

Saya pasti masalah lalat buah akan jadi lebih teruk pada tanaman cili fertigasi anda.

Satu lagi penyelesaian adalah dengan semburan racun malathion. Adakah ini juga penyelesainya???

Kaedah semburan racun malathion adalah kaedah contact atau sentuhan. Senang cakap jika, particle racun malathion kene atau sentuh lalat buah baru lalat buah itu akan mati. Jika tiada sentuhan berlaku, maka tiada lalat buah akan mati. Persoalan, adakah waktu semburan kita tepat pada masanya lalat buah kene untuk menyuntik buah kita. Serta bau racun malathion tidak digemari oleh lalat buah.

Kesemua kaedah tersebut adalah tidak tepat bagi mencegah lalat buah ini.

Tindakan paling tepat dan betul adalah seperti berikut:

1) Jika kawasan anda adalah tempat baru memulakan fertigasi cili, Jangan sesekali menggunakan hormon methyl eugenol ini. Saya ulang JANGAN GUNAKAN HORMON METYHL EUGENOL.

2) Jika kawasan anda tiada serangan lalat buah JANGAN GUNAKAN HORMON METYHL EUGENOL. Jika anda gunakan hormon ini, seolah-olah anda menghantar kad jemputan kenduri. Lalat buah akan datang berduyung-duyung untuk menyuntik telurnya ke dalam buah cili sebelum masuk ke dalam perangkap.

3) Jika kawasan anda telah terkena serangan lalat buah. Penggunaan perangkap adalah disarankan tetapi letakkan perangkap hormon ini di luar kawasan kebun anda. sejauh 3 – 5 km, supaya menarik lalat buah ini keluar daripada kebun anda. Penggunaan racun malathion juga disyorkan tetapi dalam bentuk fogging asap dapat meningkatkan kadar sentuhan / contact.

Saya harap tips ini dapat membantu anda semua.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi, Penyakit Tanaman and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Lalat Buah: Edisi Fertigasi

  1. CM Wong says:

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf zahir Dan batin.
    Tuan kalau guna fogging machine dalam tanaman Cilli, tidak rosak ke daun pokok kerana racun di campur dengan diesel? Ada kah WAP WAP INI panas?
    Terima kasih!

Leave a Reply