Rockmelon Tempatan vs Rockmelon Import

Kisah Rockmelon ini macam kisah liga bola sepak tempatan juga, awang import vs pemain tempatan.

Di mana awang import dibayar gaji lebih lumayan berbanding pemain tempatan.

Begitu juga dengan buah rockmelon.

Harga rockmelon import daripada Indonesia adalah RM35 / biji. Biji benih Rockmelon yang ditanam adalah Jepun tetapi ditanam di Indonesia untuk market eksport. Ini kerana kos pengeluaran di sana adalah rendah berbanding di Jepun.

1379957_741081669250611_1863586345_n

Persoalannya sekarang di Malaysia, benih rockmelon kebanyakkanya di import daripada Jepun. Tetapi harga ladang sekarang adalah jauh lebih rendah iaitu sekitar RM3.00 / biji. Kos pengeluaran sekitar RM 1.50 – 2.80. Margin yang pengusaha dapat terlalu rendah.

Mengapa situasi begini terjadi? Ikuti analisa seterusnya.

Kita perlu ingat, rockmelon ini merupakan buah premium untuk market premium.

Percaya atau tidak rockmelon ini agak sukar untuk kita mencari pasaran sebenarnya.

Bukan semua kedai buah atau pasar buah membeli buah rockmelon ini.

Kalau ada pun, membeli dalam kuantiti yang sedikit daripada pengusaha.

1378204_741081709250607_120967760_n

Dan biasanya rockmelon ini pula akan digredkan mengikut gred A, B, C dan buah reject. Harga bagi setiap gred adalah berlainan.

Cara pengredan pula adalah mengikut berat dan jaring yang sempurna. Sebagai contoh sekiranya buah anda 2.0 kg ke atas tetapi jaring kulitnya tidak sempurna, ianya akan jatuh pada gred B. Saiz buah perlu 1.5 kg ke atas dan jaring kulit mestilah sempurna untuk mendapat gred A.

Prestasi pengusaha rockmelon selalu hanya mampu mendapat 40 – 50% gred A manakala lain – lain jatuh pada gred B, C dan reject fruit.

Ini kerana pengusaha Malaysia lebih mengutamakan kuantiti berbanding kualiti.

Pengusaha rockmelon di negara maju seperti Jepun lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pengusaha – pengusaha di negara – negara tersebut menanam rockmelon dalam bilangan yang rendah. Kalau ladang yang besar nisbah pekerja mahir kepada bilangan pokok adalah tinggi.

Sebagai contoh seorang pengusaha mahir hanya menanam 500 – 1000 pokok rockmelon sahaja. Di mana kualiti buah rockmelon adalah tinggi. Pengusaha di sana juga hanya menyimpan 1 buah pada satu pokok. Bilangan pokok yang sedikit ini diatasi dengan harga premium kerana kualiti buah adalah tinggi.

Berbanding dengan pengusaha rockmelon di Malaysia, satu pengusaha menanam 3000 – 5000. Dan pengusaha kita lebih mengutamakan kuantiti berbanding kualiti. Dan menjadi amalan pengusaha rockmelon kita juga menyimpan 2 – 3 biji buah pada satu pokok. Justeru mengurangkan hasil kualiti buah.

Masalah juga timbul apabila tahap kesedaran pengguna di Malaysia juga kurang. Di mana, pengguna kita lebih suka harga yang murah. Harga rendah mengatasi kualiti.

Di Malaysia harga sayuran dan buah fertigasi atau hidroponik masih sama dengan harga sayuran dan buah konvensional. Berbanding dengan negara maju, sayuran dan buah fertigasi disegmenkan berbeza dengan sayuran konvensional dan jatuh pada harga yang premium.

Diharap jabatan dan agensi yang berkenaan dapat memainkan peranan dengan segera bagi membantu petani dengan membezakan segmen sayuran dan buah hidroponik dengan konvensional.

Sehingga kini hanya sayuran organik sahaja jatuh pada segmen yang berlainan dan mendapat harga premium.

Saya rasa telah tiba sayuran dan buah hasil hidroponik dan fertigasi mendapat segmen dan harga premium seperti yang berlaku di negara – negara maju.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Melon, Rockmelon, Success Stories and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Rockmelon Tempatan vs Rockmelon Import

Leave a Reply