Teknologi Penanaman Terung secara Fertigasi

Terung merupakan sejenis sayuran buah drp keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Nama botaninya adalah Solanum melongena. Ia bertumbuh sehingga 40 – 150 cm (16 – 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 – 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.

terung 1

Penanaman cili, tomato dan rockmelon secara fertigasi terbukti berkesan meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman sehingga 2 – 3 kali ganda berbanding kaedah konvensional. Penanaman terung secara fertigasi dapat meningkatkan prestasi tanaman dan hasil buah. Kaedah penanaman yang mudah serta kos pembajaan yang murah berbanding tanaman cili dan rockmelon fertigasi dapat menjadikan terung fertigasi pilihan utama pengusaha fertigasi.

Purata hasil terung fertigasi mampu mencapai 4 kg sepokok dengan formulasi pembajaan yang tepat. Jangka hayat fertigasi terung adalah 6 bulan. Di mana, 3 bulan pertama adalah tempoh pertumbuhan vegatatif dan 3 bulan terakhir adalah tempoh tuaian hasil. Tuaian pertama tanaman terung fertigasi adalah 75 hari berbanding 90 hari untuk tanaman terung secara konvensional. Tempoh tuaian yang singkat ini dapat mempercepatkan masa jualan hasil tanaman.

cili 4

Penanaman terung secara fertigasi ini diminati ramai pengusaha fertigasi kerana, tanaman terung kurang menghadapi masalah penyakit dan serangga perosak. Sehingga kini serangga perosak utama tanaman terung di Malaysia adalah ulat pengorek buah, ulat pengorek batang dan kutu thrips. Pengusaha fertigasi terung tidak perlu memberikan tumpuan yang rapi terhadap tanaman terung ini. Berbanding tanaman cili fertigasi yang memerlukan tumpuan sepenuh masa dan komitmen yang tinggi drp pengusaha. Justeru itu, ramai pengusaha menanam terung fertigasi secara separuh masa, dengan menjadikan penanaman terung sebagai pendapatan sampingan.

Cili 3

Manakala harga ladang tanaman terung pula adalah sekitar rm 2.50 – rm 4.50. Harga jualan terung fertigasi adalah rm10 sepokok (harga jualan = purata hasil sepokok 4 kg x rm 2.50). Jika seorang pengusaha menanam sebanyak 1000 polibeg. Maka pendapatan beliau adalah rm 10000 semusim. Pendapatan sebulan adalah rm 1300 +-.

cili 5

cili 6

Penanaman terung secara fertigasi dapat menjadi satu pilihan utama pengusaha fertigasi di Malaysia. Kaedah ini juga dapat memberikam pulangan hasil yang tinggi berbanding kaedah konvensional.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan, terung and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to Teknologi Penanaman Terung secara Fertigasi

  1. Nizam says:

    Terung boleh tanam dgn cili 469 ke ? Maksud nye dlm kebun yang sama atau plot sebelah menyebelah b

  2. mubin says:

    baja ape yg boleh digunakan untuk tnaman terung..baja ab cili boleh guna ke?

  3. mohni says:

    as salam tuan. saya ada tanam timun secara fatigasi, macamana caranya nak dapatkan hasil yg lebih dalam 1 polybag

  4. mohni says:

    as salam tuan. betul ke tanaman timun fatigasi polybag secara gantung hasilnya lebih banyak daripada polybag atas tanah

    • ysuhaimi says:

      Wsalam. Apabila kita berniaga kita mesti tgk modal atau kos projek. Hasil pertanian samaada gantung atau fertigasi biasa adalah sama sahaja. Yg menentukan hasil projek adalah pengurusan usahawan sendiri. Di akhirnya kita akan tgk margin kita jugak.

  5. wandy says:

    Brp jarak penyusunan polibag?
    Brp maximum polybag dlm satu baris ? boleh x sampai 200 pokok?

  6. wandy says:

    Brp jarak susunan polybag?
    Dlm satu baris subline boleh simpan 200-300 polybag x?

  7. fazuan says:

    salam tuan, saya sedang jalan kan projek tanaman fertigasi. saya cadang nak tanam terung..boleh email kan saya fon no tuan untuk pertanyaan lanjut? pawanresources@gmail.com

  8. ismail says:

    salam tuan.boleh tahu jangka hayat timun setelah bermula berbuah

  9. RAJA KHAIRUL says:

    Assalamualaikum tuan. Campuran media tanaman dalam polybeg tu apa yea

  10. shaudin says:

    Assalamualaikum. Sya sdg tanam terung mini secara fertigasi. HLT90. Lepas ni boleh ke saya tanam terung juga. Jumlah polibeg 750 je.

  11. ali says:

    Gambar tuan bole tukar tak?. Mcm hero tamil. Ada pulak curut lg.

  12. Itu encik ysuhaimi. Founder myagriDOTCOMDOTMY. Beliau tidak lagi telibat secara langsung dengan myagriDOTCOMDOTMY lagi.

Leave a Reply