Rahsia Sulit Baja Fertigasi

Dikongsikan rahsia baja fertigasi.

Tidak kira baja fertigasi cili, rockmelon, daun, terung dan lain-lain tanaman.

Kenapa terdapat dua bahagian atau komponen di dalam baja fertigasi yang menjadikan bahagian A dan bahagian B?

Kenapa tidak disatukan sahaja baja fertigasi ini menjadi satu bahagian sahaja?

Supaya tidak menyusahkan para pengusaha dan petani.

Begini jawapannya.

Di dalam baja fertigasi terdapat Calcium Nitrate dan Magnesium sulphate dan MKP.

Ketiga-tiga baja ini akan larut di air membentuk ion calcium yang bercas positif, manakala ion sulphate bercas negative dan phosphates bercas negatif.

Pada kepekatan yang tinggi ion calcium yang bercas positif akan bercantum dengan ion sulphate yang bercas negatif membentuk calcium sulphate yang merupakan mendakan putih.

Mendakan putih ini akan menyebabkan sistem pengairan fertigasi tersumbat dan pokok tidak ambil baja di dalam bentuk ini.

Justeru itu, menyebabkan baja tidak dapat digunakan lagi.

Begitu juga dengan ion calcium dan phosphate yang akan membentuk mendakan calcium phosphate.

Ion – ion ini akan membentuk mendakan pada kepekatan yang tinggi.

Hanya apabila dilarutkan ke dalam tangki air ianya dapat berfungsi dengan baik.

Justeru, itu baja fertigasi dijadikan stok A dan B yang akan dilarut-cairkan sebanyak 100x untuk mengelakkan terjadinya mendakan

Kongsikan!
  • 43
  •  
  •  
  •  
    43
    Shares
This entry was posted in Baja Foliar, Cili, Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan, Hidroponik, Kuchai Fertigasi, Melon, Rockmelon and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

18 Responses to Rahsia Sulit Baja Fertigasi

  1. Aponih says:

    Salam,
    Baja fertigasi kat kedai ada yang satu jenis.. tiada yang A dan B. Made In UAE

    Saya ada soalan…

    1. Tanaman fertigasi dilihat lebih kepada cili, timun, rock melon dsb (berdasarkan info) tetapi kurang penanaman sayur seperti lobak, kailan salad dsb, Apakah sayur lebih sesuai dan menguntungkan jika di tanam di atas tanah?

    2. Ketika saya melawat satu kebun chempedak di Terengganu, pengusaha menggunakan pemikat lalat buat, saya amati yang buah chempedaknya elok dan tidak buruk. Beliau tidak menggunakan racun. Saya diberitahu, pemikat lalat buah mengeluarkan bau/aroma lalat buah betina dan akan menarik lalat buah jantan, bila lalat jantan terperangkap, ia akan dibunuh, maka proses mengawan tidak boleh berlaku kerana ketiadaan lalat jantan. Tu yang saya tertanya-tanya kenapa saudara melarang penggunaan pemikat pada fertigasi cili.

    • ysuhaimi says:

      Wsalam,

      Terdapat banyak jenis baja fertigasi di pasaran tetapi baja fertigasi terdapat dalam dua bahagian A dan B. Ada juga baja fertigasi yang single di mana kepekatannya adalah kurang sedikit.

      1. Fertigasi mmg sangat ekonomik untuk tanaman sayuran jenis buah. Manakala sayuran daun lebih ekonomik jika menggunakan kaedah hidroponik berbanding fertigasi.

      2. Saya tidak pernah melarang penggunaan hormon pemikat lalat buah di kebun cili tetapi cara penggunaan haruslah tepat. Buah cempedaknya dibalut atau tidak?

  2. Chong Jin Tung says:

    Salam,

    Soalan saya, 1) Calcium Nitrate boleh campur dengan potassium nitrate? 2) Magnesium sulphate campur dengan MKP tidak ada masalah?

    Terima kasih.

  3. zuhdi says:

    calcium nitrat boleh ke dicaampur dengan Magnesium nitrate @ Magnesium sulfate

  4. Bakhtiar says:

    Boleh kah baja A dan B awal dicampur dengan Baja A dan B untuk buah

  5. Bahatudin idris says:

    Assalamualaikum
    Ada atau tidak alat pengukur kepekatan baja atau berapa ukuran yang sesuai untuk fetergasi dan tanaman utk sayuran

    • Wsalam. Ada. Banyak alat yang boleh digunakan untuk mengukur kepekatan baja. Yang paling mudah adalah EC meter. Harganya RM 240. Kalau Tuan berminat boleh beli di tanimaju.agrodagang.com.my. Kepekatan baja yang sesuai bergantung kepada jenis tanaman. Secara umumnya, tanaman boleh tolerant maksimum kepekatan pada EC 4.0.

Leave a Reply