Berpengalaman tidak semestinya betul

Kebelakangan ini, semakin ramai pakar tanaman dan juga fertigasi di serata tanah air.

Semuanya berpengalaman luas di dalam plant nutrition dan penyakit tanaman.

Sehinggakan kesan virus pada pokok cili pun tidak dapat dibezakan dengan simptom kekurangan nutrition pada pokok cili.

Aduhai kesian, saya fikirkan pada orang mcm ni.

Bila dihitung bilanganya, terlalu ramai.

Harus diingat kerinting pada pokok cili disebabkan oleh banyak faktor.

(1) Penyakit virus oleh lalat putih
(2) Penyakit virus oleh aphid
(3) Serangan thrips
(4) Serangan Hamama
(5) Kekurangan nutrien terutama trace element

Bagi kerinting disebabkan oleh no (3) dan (4), kesan kerinting akan hilang apabila racun serangga disembur dan serangga tersebut mati.

Manakala bagi no (5) pula, pada tanaman fertigasi jarang berlaku, hanya apabila formulasi baja tidak betul sahaja dan pH air adalah sangat tinggi dan terlalu rendah. Itu berlaku pada bilangan polibeg yang banyak. Sekiranya sumber baja dan air adalah sama.

Bagi no (1) dan (2), pokok cili yang kerinting disebabkan virus tidak akan pulih, hukumnya buang.

Tetapi ramai pakar sekarang tidak faham, pokok cili kerinting disebabkan oleh apa (1-5) dan membuat andai semua pokok cili yang kerinting dapat pulih apabila disembur baja ini dan itu.

Sehinggakan ada yang cuba menegakan benang yang basah dengan menyertaikan pengalaman bertanam fertigasi selama 9 tahun.

Jikan benarlah sedemikian, selama 9 tahun lah dia menggunakan kaedah yang salah dan mempunyai pengalaman yang songsang.

Justeru, berpengalaman tidak semestinya betul.

Terpulang kepada Tuan – tuan dan Puan – puan, projek masing – masing dan yang paling penting bukan duit saya.

Tugas saya hanya menunjukkan jalan yang betul dan paling mudah.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Kawalan serangga tanaman and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Berpengalaman tidak semestinya betul

  1. fathlijamain says:

    Ramai yang pakar, ramai berpengalaman, lagi ramai yg berduit, ” buat tak tahu jerr.”….back to basic “Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk”, “jangan ikut resmi lalang, makin berisi makin tegak”…YANG PENTING BUKAN DUIT SAYA..:)

  2. Aponih says:

    Assalamualaikum… Masa cili berbuah dan di peringkat tuaian buah, kerja-kerja meracun juga wajib dilakukan (?), persoalannya, racun serangga jenis mana yang boleh diguna pada peringkat ini? Minta saudara cerita pasal meracun ni, takut2 pengguna keracunan. Wassalam

    • ysuhaimi says:

      Wsalam,

      Pada peringkat cili berbuah kerja meracun juga perlu dijalankan. Tetapi hanya racun jenis contact sahaja boleh digunakan. Tempoh meracun yang selamat adalah min 7 hari sebelum kutipan hasil dijalankan. Kalau boleh gunakan racun organik untuk semburan.

  3. Aponih says:

    Pengusaha pertanian di sempadan Siam seperti Kedah, Perlis, Kelantan ada yang guna racun dari Siam. Pendek kata, kalau guna racun Malaysia, perosak tanaman dah kalis racun. Tapi, jika guna racun dari Siam, mati dan bungkus terus perosak tadi. Racun siam amat murah dan ada yg RM2.50 sepeket untuk 18 liter air. Langsung tak memberi kesan kepada pokok. Apakah kesan buruk kepada alam dan pengguna dalam penggunaan racun Siam ini hingga diharamkan dari masuk ke dalam negara kita. Tapi, sayur dari sana boleh pula masuk. Wassalam

Leave a Reply