Permit Kelulusan (Approve Permit) musuh atau rakan petani fertigasi

Baru – baru saya terima banyak aduan dan rungutan daripada usahawan tani terutama usahawan belia.

Dan beberapa usahawan muda talah tumpas akibat penangan harga semasa.

Sebelum saya pergi lebih lanjut elok kita memahami apa itu AP melalui keratan akhbar di bawah:

DINAMIKNYA TAHAP PENGELUARAN DAN PERMIT

Untuk membolehkan pengguna memperoleh kuota harian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menubuhkan satu sistem maklumat pemasaran untuk memastikan kuota pengeluaran bulanan dan musim di samping mengawasi pertimbangan tawaran-permintaan.

Para pegawai FAMA pula bekerjasama dengan wakil-wakil dari Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands untuk mengendalikan kajian fizikal bulanan untuk menjamin tahap pengeluaran sayur-sayuran.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, FAMA mengemukakan hasil kajian dan cadangannya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang kemudian akan mengeluarkan Permit Kelulusan (AP) untuk mengatasi jangkaan kekurangan bekalan dengan mengimport dari Thailand, Indonesia dan China.

“Paras pengeluaran bulanan di Cameron Highlands membentuk asas bagi memastikan jumlah yang akan diimport. Pada masa sekarang, kira-kira 3,000 tan metrik dibawa masuk menerusi AP setiap bulan,” kata Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz kepada Bernama baru-baru ini.

“Walaupun fungsi AP sebagai penstabil harga untuk kubis dari tanah tinggi, FAMA sendiri tidak mengeluarkan permit dan fungsi itu adalah prerogatif MOA,” jelas Shariff.

Tetapi apabila data yang ia bergantung itu didapati salah, ia akhirnya boleh menjejaskan segala perancangan yang dibuat dengan begitu teliti.

Input yang tidak tepat daripada pekebun boleh membawa kepada pengimportan yang berlebihan dan harga akan jatuh menjunam hasil daripada lambakan tersebut.

Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila pengimport oportunis tidak mengisytiharkan kargo yang akan masuk ke pelabuhan atau menggunakan cara kependuaan dalam penggunaan permit mereka di samping penyeludupan.

Maklumat menerusi khabar-khabar angin menyebut faktor berkenaan sebagai penyebab kemerosotan harga, hingga mencecah serendah 40 sen sekilogram pada Oktober 2009.

TAMAT

Adakah AP ini memberikan kebaikkan.

Sebagai contoh:

Harga cili import sekotak 10 kg adalah RM18 bersamaan RM1.80 sekilogram.

Kos pengeluaran cili fertigasi sekilogram adalah RM2.50 pada skala 1000 – 3000 pokok.

Adakah ini dikatakan adil kepada pengusaha fertigasi???????

Kebanyakkan pengusaha belia adalah baru memulakan projek pada skala 1000 – 3000 pokok.

Sudah tentu merugikan.

Jika kita kata AP ini untuk menstabilkan harga pasaran, saya rasa mustahil peniaga akan menjual cili yang yang dibeli dengan harga RM1.80 dengan yang lebih murah daripada harga pasaran semasa contohnya RM 6.

Jadi apakah penyelesaiannya:

1. Harga premium untuk tanaman fertigasi.

Jika tanaman sayur – sayuran di Cameron Highland yang ditanam secara hidroponik boleh dikalasifikasikan sebagai hidroponik produce dan diletakkan sebagai harga premium. Kenapa cili fertigasi tidak boleh diletakkan harga premium????

2. Mekanisma penstabilan harga.

Penawaran harga yang sama sepanjang tahun. Sebagai contoh, Harga cili diletakkan sebanyak rm5 per kilogram untuk sepanjang tahun tanpa turun dan naik. Saya rasa pada harga rm5 / kg sudah tentu semua pengusaha fertigasi gembira. Secara tidak lanjut harga jualan cili dapat dikekal pada harga sekitar RM 7 – 8.

Menggunakan mekanisma ini, kaedah penggiliran penanaman perlu diamalkan. sebagai contoh mungkin menggunakan by setiap daerah atau negeri. Sebagai contoh untuk Negeri Kedah, daerah Baling, pokok sena dan jitra menanam cili bulan satu. Bulan dua, Sungai petani, begitulah seterusnya. Mana – mana pengusaha yang ingkar mendapat harga jualan yang rendah.

3. Penjualan terus oleh penanam

Pada peringkat masa kini, adalah lebih baik sekiranya penanam melibatkan diri atau melakukan jualan terus kepada pengguna untuk mendapatkan harga jualan yang amat tinggi berbanding harga ladang.

Anda ada cadang yang lebih baik. Boleh ajukan di ruangan komnetar.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Info and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply