Fertigasi: Guideline untuk hasil penanaman secara fertigasi

1) Rasa- rasa tentunya ramai usahawan tani, samaada yang baru atau lama ingin mengetahuai berkenaan hasil tanaman fertigasi.

2) Baiklah saya akan bercerita sedikit tentang hasil tanaman fertigasi.

3) Hasil tanaman boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

a) Hasil purata
b) Hasil potensi
c) Julat hasil

4) Saya akan terangkan satu per satu secara ringkas untuk pemahaman pembaca semua.

a) Hasil purata
– Merupakan hasil yang diperolehi melalui penambahan semua hasil yang diperolehi oleh setiap
unit tanaman dan dibahagi dengan bilangan unit tanaman yang terlibat.
– Sebagai contoh jika kita tanam 3000 pokok, hasil setiap pokok kita campurkan dan bahagikan
dengan bilangan pokok iaitu 3000, maka kita pun dapat hasil purata.
– Di dalam menyediakan unjuran tunai projek, kita wajib menggunakan hasil purata.
– Ini kerana hasil purata merupakan hasil yang diperolehi apabila kita menanam banyak pokok.
– Ingat nak tanaman 3000 pokok tak sama dengan 10 pokok.

b) Hasil potensi
– Potensi hasil yang mampu dikeluarkan oleh pokok apabila menerima kadar nutrient yang mengcukupi
dan bebas daripada serangan penyakit dan serangga perosak.
– Merupakan hasil maksima yang boleh dicapai
– Amaran jangan sesekali gunakan hasil potensi di dalam rancangan perniagaan anda, kelak anda akan
menyesal. Nak bagi projek nampak untung atas kertas, jgn sesekali buat macam ini.

c) Julat hasil
– Merupakan nilai min dan maksima hasil yang boleh diberikan oleh tanaman dengan pengurusan dan
penjagaan yang baik.
– Sebagai contoh untuk julat hasil tanaman rockmelon adalah di antara 1.2 – 4.4 kg

Berikut disertakan hasil untuk beberapa jenis tanaman fertigasi:

1. Cili
– Purata hasil: 2.5 kg / pokok
– Julat hasil: 1.5 – 5.8 kg / pokok
– Potensi hasil : 7 kg / pokok

2. Rockmelon
– Purata hasil: 1.8 kg / pokok
– Julat hasil: 1.2 – 4.4 kg / pokok
– Potensi hasil : 5 kg / pokok

3. Terung
– Purata hasil: 4 kg / pokok
– Julat hasil: 1.8 – 5.5 kg / pokok
– Potensi hasil: 6 kg / pokok

4. Halia tua
– Purata hasil: 5.4 kg / pokok
– Julat hasil: 4.4 – 6.8 kg / pokok
– Potensi hasil: 7 kg / pokok

Harap penjelasan ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan dalam projek fertigasi.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Melon, Rockmelon, Tanaman Fertigasi, terung and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

29 Responses to Fertigasi: Guideline untuk hasil penanaman secara fertigasi

  1. md fariq b alias says:

    asslm..encik boleh tlg updatekn trikh utk kursus rockmelon atau yg berkaitan dgn pnanaman nye pd email sy..btol bmnat

  2. saiful says:

    salam..purata hasil tu untuk sehari atau jumlah hari tuaian?

  3. normaiza says:

    encik blh bagi tarikh kursus penanaman secara fertigasi pd email sy

  4. Harjind says:

    Slmt Sejahtera, ada kursus penanaman cili tak?

  5. Mail says:

    Salam.
    Saya semai benih cili padi Bara, ia bercambah macam tauge, ada dua daun. Ada yang dah terpacak, ada yang masih bengkok, ada yg baru keluar tunas (dalam tray tu lah). Pada masa ini, elok diletak di tempat ada cahaya matahari atau perlu kekal ditempat redup hingga semua bercambah? Share info sikit encik.

  6. Balamurugan says:

    Jika ada kursus cili fertigasi tolong maklumkan saya. (012-4155974)

  7. faez setak says:

    salam,saya pun turut berminat dalam mana mana kursus pertanian.harap encik dapat updatekan info kepada email saya faezsetak@gmail.com terima kasih

  8. fendi says:

    Saya nk tanam ulam la..bleh ke? Benih cmne nk cr?

  9. tanya sikit says:

    Salam. Saya berminat menyertai mana mana kursus/ latihan fertigasi berdekatan putrajaya/cyberjaya/puchong.

    Harap dapat menyertai kursus kemahiran tersebut di masa akan datang.

  10. suhaimi says:

    Saye turut berminat..bile..nak buat kat pantai timor ni..

  11. salam bila ada lagi kursus nie..sila email pada saya Norisham.Ismail@infineon.com,dan saya nak Tanya boleh kah saya ambil info dari tuan,utk dimuatkan dlm blog saya..saya minta kebenaran dari tuan.

  12. raku8 says:

    Bila kursus seterusnya untuk fertigasi cili

  13. khairi says:

    Assalam tuan suhaimi..bila tarikh kursus yg akan dianjurkan lagi oleh tuan dlm masa trdekat..saya berminat dalam tanaman rockmelon.jika kursus ini diadakan, dimanakah lokasinya diadakan.buat pengetahuan tuan sy kini menetap di bandar muadzam shah pahang.

Leave a Reply