Kaedah Penyediaan Benih Halia Fertigasi

1. Artikel kali ini bertajuk Kaedah Penyediaan Benih Halia Fertigasi.

2. Halia merupakan sejenis tanaman yang mudah dibiakkan menggunakan rizom atau ubi halia sendiri.

3. Terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan benih halia tetapi penggunaan rizom adalah lebih senang dan cepat.

pokok halia

4. Rizom halia yang digunakan hendaklah matang atau tua, berusia sekurang-kurangnya 9 – 10 bulan.

5. Adalah penting bagi memperolehi bekalan halia matang yang betul – betul bebas daripada penyakit.

6. Penggunaan halia tua yang berpenyakit akan mendapatkan masalah pada peringkat penanaman. Iaitu 1 – 3 bulan selepas tempoh penanaman atau transplanting.

7. Baka atau varieti halia yang digunakan perlu dipastikan betul.

8. Ini kerana semakin ramai pembekal mengambil kesempatan di atas kekurangan ilmu pengusaha halia yang lain.

9. Macam mana nak mengenal pasti halia yang kita beli adalah betul bakanya? Jawapannya, hanya orang yang berpengalaman sahaja boleh mengenalpasti jenis – jenis halia ini.

10. Selepas kita telah pastikan varieti yang betul serta bebas daripada penyakit, kita boleh terus melakukan proses penyediaan benih halia.

Cara – cara

11. Halia tua yang berusia 9 – 10 bulan dipotong 2 – 3 inci panjang dengan 2 – 3 mata tunas.

20150211_111418

12. Selepas itu rendam halia yang telah dipotong ke dalam larutan anti kulat sehingga 15 – 20 minit (bergantung kepada kuantiti halia yang digunakan).

13. Selepas itu, biarkan halia kering sebelum disemai di dalam kotak semaian atau ditanam terus di polibeg atau ke batas tanaman.

14. Jika kaedah semaian diguna pakai, anak benih halia sediakan dipindahkan ke barisan tanaman atau polibeg selepas 3 minggu disemaian.

P1090406

Anak benih halia sedia untuk ditanam

15. Ciri – ciri anak benih halia yang sedia untuk dipindahkan adalah 2 – 3 pucuk daun dengan panjang 15 cm dan panjang akar 10 – 15 cm.

16. Terdapat juga beberapa pengusaha yang membekalkan anak benih halia yang sedia untuk ditanam tetapi pastikan anak benih tersebut adalah baka yang tulen serta bebas penyakit. Boleh cuba agrodagang.com.my

IMG-20150206-WA0044

17. Terdapat beberapa pembekal benih halia yang disahkan oleh myagri. Saya akan upload di ruangan komentar nanti.

18. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komentar

19. Selamat mencuba.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Halia Fertigasi, Herba and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kaedah Penyediaan Benih Halia Fertigasi

  1. tnaliaiful says:

    tuan..mintak senarai pembekal benih halia bara

Leave a Reply