Teknologi Penanaman Halia secara Fertigasi

Pengenalan

Zingiber officinale Roscoe atau halia ialah tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi.

Halia merupakan tumbuhan yang menghasilkan rizom, mempunyai daun berbentuk bilah dan batangnya mencecah 3 kaki tinggi.

Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tumbuhan hiasan.

Halia biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi
iaitu 1200–1500 m dari aras laut.

Di Malaysia, halia ditanam secara komersial di Bentong, Keningau dan Tambunan. Varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha ialah Bentong, Bara, Cina dan Indonesia.

Tanaman ini dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan dan membuang angin yang terdapat
di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.

Permintaan halia Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa adalah sangat tinggi terutama bagi halia Bentong.

Halia Bentong mempunyai kualiti yang tinggi jika dibandingkan dengan halia daripada Indonesia, Thailand, China (Hong Kong), Taiwan dan Amerika Syarikat.

Halia Bentong juga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Hong Kong dan Britain.

Tahap pengeluaran yang rendah mengehadkan jumlah kapasiti eksport halia.

Kekurangan atau tahap pengeluaran yang rendah adalah disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah (soil borne diseases) seperti fusarium dan layu bakteria yang menjangkiti tanaman halia.

Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif dalam penanaman halia yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah.

Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama dalam penanaman halia secara komersial di seluruh dunia.

Justeru itu di Malaysia, penanaman halia dijalankan secara berpindah-randah bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah yang mengakibatkan kerugian kepada pengusaha.

Teknologi fertigasi telah terbukti berkesan dan efisien dalam penanaman sayuran daun dan buah. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 hingga 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional.

Peningkatan hasil yang tinggi ini telah mencetuskan inovasi dalam penanaman halia secara fertigasi.

Penanaman halia menggunakan sistem fertigasi juga telah membolehkan halia ditanam di tanah rendah secara berulang-ulang di tempat yang sama.

Hasil Tanaman Halia Fertigasi

Halia mencapai kematangan selepas 8–9 bulan penanaman.

Ia boleh dipungut sebagai halia muda (4–6 bulan) atau halia tua (8–9 bulan).

Dalam keadaan biasa setiap rumpun halia akan menghasilkan 2.4 kg halia muda manakala bagi halia tua, rizomnya mampu mencecah 5.6 kg.

Teknologi penanaman halia secara fertigasi terbukti dapat meningkatkan hasil rizom halia sehingga 4–6 kali ganda berbanding dengan penanaman secara konvensional.

jadual hasil
Jadual 1: Purata pertumbuhan / pembesaran rizom daripada bulan ke-3 hingga bulan ke-9

pokok halia

Image1597
Halia tua

Image1787
Halia muda

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi, Halia Fertigasi, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Teknologi Penanaman Halia secara Fertigasi

  1. rasidah soraya majid says:

    Terima kasih Tuan sharing info halia. Bole saya dapatkan info rock melon.

  2. Jaganathan says:

    Good daday sir.
    I am looking fwd to start a farm in Penang region. Hope to get as much info and guidance from experts in agriculture business. Your expert advice and support will be a big help. Looking fwd your guidance.
    Jaganathan.K

    0194708312

  3. Justine Joseph says:

    Apakah medium yg paling sesuai utk halia fertigasi? Adakah habuk kayu dan hampas padi boleh digunakan?

  4. lim says:

    Hi.. nak tanya adakah halia sesuai tanam di bawah tanaman timun gantung?sebab tak nak bazir ruang di bawah timun fertigasi gantung..

  5. Oni says:

    Tuan bagaimana dengan siraman? berapa ml 1 pokok sehari? kepekatan baja?

  6. mohd fauzi says:

    sala tuan
    saya ingin mencuba penanaman halia,, ada manual dia tak,

    bagai mana saya nak perolehi benih halia
    boleh emailkan ye tuan

  7. Ashraf Shuib says:

    Assalamualaikum tuan. Berapa jarak antara polibeg halia?

  8. Francis says:

    Salam sejahtera

    Tuan ada cawangan di kws kluang johor tak? Bagi kursus teknologi penanaman halia fertigasi?

  9. fidelia says:

    sy nak tanya, adakah kos permulaan untuk penanaman halia secara fertigasi ini tinggi? berapa anggaran kos jika ingin menggunakan kawasan untuk 1 ekar tanah? terima kasih.

    • Memang benar kos permulaan projek fertigasi adalah tinggi. Namun begitu kos ini akan menurun sehingga 50 – 70% pada musim kedua dan musim-musim seterusnya. Kos sepolibeg adalah RM 7.50 termasuk sistem pengairan, media, polibeg, racun, baja fertigasi untuk satu musim. Senang cakap segala input untuk menjalankan projek bagi musim pertama. Satu ekar boleh muat 3000 – 40000. Maka kos sekar adalah RM 22,500 tidak termasuk gaji perkerja dan kos pembersihan tanah.

  10. rohani jusoh says:

    salam.macaman nak dapatkan benih halia bentong. saya berminta nak menanam halia secara halia.

Leave a Reply