Teknologi Penanaman secara Fertigasi

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan dengan sempurna, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai struktur pelindung hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang dianggap paling berbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘coconut coir dust’ yang dikenali dengan panggilan ‘coco peat’. Dalam bahasa mudah bermaksud habuk sabut kelapa. ‘Coco peat’ mudah diperoleh jika dibandingkan dengan medium tanaman komersial lain seperti “perlite”, “vermiculite” dan “maidenwell diatomite”. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium sekam bakar halus, pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur). Coco peat dianggap sebagai yang terbaik untuk pertumbuhan pokok keran kemampuannya menyimpan air.

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistm ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur maa automatik menjamin keberkesanannya.

Sistem fertigasi ialah satu sistem pembekalan air dan larutan baja ke zon akar secara automatic mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan.

Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah) beberapa kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenal pasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

Sistem fertigasi direka-bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman yang khusus.

Pam boleh tenggelam (submersible pump) yang diperbuat daripada polietilena dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja dari tangki larutan baja.

chill

_DSC0526

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply