Berbaloi ambik Pakej Fertigasi?

Kali ini saya bercerita mengenai pakej fertigasi?

Sekarang ini saya lihat makin ramai usahawan yang membekalkan pakej fertigasi.

Adakah tahun 2015 ini kita lihat lebih ramai usahawan yang membekalkan pakej fertigasi berbanding usahawan yang mengeluarkan makanan.

Ada usahawan yang membekalkan pakej fertigasi cili, rockmelon, sayur – sayuran daun seperti kangkung dan yang terbaru pakej fertigasi halia.

Tidak dinafikan membekal pakej fertigasi adalah satu perniagaan.

Tapi agak melampau saya lihat ada beberapa syarikat yang menjanjikan bulan dan bintang di dalam membekalkan pakej fertigasi.

Masing – masing ada strategi tersendiri, ada yang menggunakan kabel unifi, streamyx dan 4G.

Ada yang menjanji boleh mendapatkan geran daripada Kerajaan dan pinjaman bank.

Asalkan ambil pakej daripada mereka.

Pelik saya fikirkan.

Latihan Teknologi penanaman secara fertigasi pada kali ini ramai saya rasakan masih lagi terpinga – pinga dengan teknologi fertigasi walau pun sudah bermula.

Ramai consultant di luar sana, tetapi consultant yang macam mana.

Ini menanam pun tak pernah dah sibuk membekalkan pakej kepada orang baru.

Orang baru pula seolah – olah tiada pertimbangan di dalam membuat keputusan.

Terus percaya bulat-bulat dan serahkan wang kepada pembekal pakej.

Di mana letakkannya keupayaan kita untuk menganalisa secara kritikal dan kritis.

Di era barangan yang serba mahal ini, adalah baik bantuan dan dana yang diberikan oleh kerajaan dimanfaat terus oleh orang baru tanpa urusan pembekal pakej.

Dana bantuan hanya sekali. Jadi gunakan untuk berjaya.

Saya rasakan hasrat Kerajaan untuk melahirkan usahawan pengeluaran makanan dan menyelesaikan isu keselamatan makanan makin jauh jika situasi ini tidak dibendung.

Daripada satu sudut yang positif, makin ramai lah usahawan membekal pakej dapat dilahirkan.

Tidak dinafikan ada pembekal pakej yang bagus dan berkaliber.

Rumusanya, orang baru buatlah keputusan yang tepat dan betul.

Anda tidak keseorangan MyAgri sedia membimbing anda ke landasan yang betul langkah demi langkah.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Halia Fertigasi, Melon, Rockmelon and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Berbaloi ambik Pakej Fertigasi?

  1. cabai burung says:

    salam…antara EC meter dgn pH tester yg mana paling utama…bolehkan membuat sukatan dengan hanya guna EC meter. TQ

  2. Mail says:

    Salam..
    Nak tanya:
    1. Tanam secara fertigasi..guna baja AB, apa akan jadi kepada anak pokok/pokok jika terlebih baja diberikan.

    2. Tempat pengumpulan hasil tani kerjasama antara MOA dan PPK (Pejabat Pertubuhan Peladang) untuk elak orang tengah. Ada detail tak tuan?

    Wassalam

    • ysuhaimi says:

      Wsalam,

      1. Pokok hanya akan mati jika terlebih kepekatan sehingga 4 EC. Jika terlebih nutrient pokok akan menunjukkan simptom toksik bergantung pada jenis tanaman.

      2. Maaf saya tiada maklumat tersebut.

Leave a Reply