Penggunaan Agen Pendebunggaan dalam Fertigasi

Agen pendebungaan adalah apa-apa bahan yang boleh menyebabkan berlakunya pendebungaan kepada sesuatu tumbuhan itu.

Ada banyak agen pendebungaan, tetapi yang paling utama adalah serangga dan angin.

Agen pendebungaan yang lain adalah kelawar, burung dan air.

Tetapi di dalam topik saya kali ini, saya tekankan serangga sebagai agen pendebungaan.

Terdapat pelbagai jenis serangga yang boleh kita kategorikan agen pendebunggan.

Sebagai contoh lebah madu, lebah tukang, penyengat dan kelulut.

Screen Shot 2015-03-21 at 14

Agen pendebunggan telah lama digunakan di dalam bidang pertanian dan industri fertigasi khususnya.

Di dalam penanaman secara fertigasi terutama tanaman rockmelon agen pendebunggaan kelulut dan lebah madu sering digunakan bagi mengantikan pendebungaan secara manual.

Tanaman rockmelon dan timun merupakan jenis tanaman yang memerlukan agen pendebungaan untuk berlakunya proses pendebunggan.

Ini kerana organ jantina betina dan jantan terletak pada bunga yang berasingan.

Dalam bahasa yang mudah tanaman melon dan rockmelon ada bunga jantan dan betina.

Kebiasaanya pengusaha rockmelon terutama di bawah Struktur Pelindung Hujan yang lengkap dgn jaring kalis serangga akan meletakkan koloni kelulut atau lebah di dalam SPH bagi aktiviti pendebunggan.

Bagi pengusaha yang menanam rockmelon secara fertigasi terbuka tidak perlu meletakkan koloni kerana serangga seperti lebah dan kelulut dapat menghampiri tanaman secara semulajadi.

Persoalannya, bilakan masa yang sesuai untuk kita masukkan kelulut atau lebah pada tanaman rockmelon secara fertigasi yang dijalankan di dalam SPH dengan jaring kalis serangga?

Masa terbaik untuk meletakkan koloni adalah pada minggu 3 – 4 selepas pindah ke polibeg. Ini kerana pada minggu ini bunga betina dan jantan adalah banyak bermaksud terdapatnya sumber makan iaitu debunga.

Walaubagaimana pun bergantung kepada tahap kesuburan pokok.

Kajian telah menunjukkan kesan penggunaan pendebunggan kelulut pada tanaman cili telah terbukti dapat meningkatkan hasil tanaman cili kulai dan cili padi sehingga 20 – 30%, terutama tanaman cili padi fertigasi.

Sesetengah pengusaha cili ada meletakkan koloni kelulut di ladang cili masing – masing.

Bahkan ada juga peniaga madu kelulut dan lebah menyediakan perkhidmatan menyewa koloni bagi tujuan pendebungaan.

Dahulu penternakan lebah dan kelulut hanya tertumpu pada madu sahaja, kini potensi agen pendebungaan ini masih terserlah.

Walaupun penggunaan agen pendebunggan ini dapat meningkatkan peratusan persenyawaan bunga sekaligus meningkatkan hasil tanaman adalah baik.

Peningkatan kepada keperluan madu dan servis sebagai agen pendebungaan yang cekap telah menyebabkan komoditi lebah madu dan kelulut semakin meningkat didahului dengan harga per koloni.

Jika dahulu satu koloni berharga sekitar RM 150 – RM 250, kini harga satu koloni mampu mencecah RM 2,000!

IMG_3638

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply