Cara Pulihkan pH AiR

Nilai pH air yang baik untuk pertanian dan tanaman fertigasi khususnya adalah di dalam lingkungan 5.5 – 6.5.

Pada julat pH 5.5 – 6.5, akar tanaman dapat menyerap kesemua elemen nutrient yang diberikan atau di dalam tanah.

Jika nilai pH air terlalu tinggi atau tujuh ke atas, air berada paras alkali.

Sebaliknya, jika niai pH rendah atau tujuh ke bawah, air berada pada paras asid.

Air yang berada pada paras asid atau alkali yang kritikal perlu dirawat terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

Langkah pertama adalah kenal pasti nilai pH sumber air.

Jika air beralkali atau nilai pH lebih daripada 7.

Gunakan asid nitric (67%) atau phosphoric asid (75% atau Sulfurik asid (35%).

Jika air berasid atau nilai pH kurang daripada 7.

Gunakan Carbonat atau bikarbonat atau potassium bicarbonate.

Contoh, jika nilai pH sumber air adalah 9.

Kita tadahkan air di dalam tangki air atau kolam.

Campurkan asid nitric mengikut jumlah atau kuantiti air.

Tunggu semalam sebelum digunakan.

Walaubagaimana pun saya syorkan agar gunakan sumber air yang berlainan terlebih dahulu.

Jadikan cara pulihkan nilai pH air ini penyelesaian terakhir.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply