Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Siri 1

Sebelum kita memasang sistem pengairan fertigasi, kita perlu memahami keperluan dan melakar susun atur sistem pengairan fertigasi.

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian di dalam mereka bentuk sistem pengairan fertigasi ini.

Di antaranya:

1. Tapak projek perlu rata
2. Bilangan polibeg
3. Keperluan atau penggunaan air sehari
4. Kekuatan pam
5. Jarak di antara sistem pam air dan plot

Prinsip utama yang perlu pembaca faham mengenai sistem pengairan adalah

1) Air atau air baja perlu sampai ke setiap polibeg
2) Kita perlu mengurangkan jurang kuantiti air di antara polibeg yang berhampiran dengan pam air dan polibeg yang paling jauh
3) Air akan keluar daripada ruang setelah memenuhi sesuatu ruang

Artikel ini tidak akan menceritakan pengiraan daripada segi fliud dynamic. Kerana ianya agak sukar untuk diterangkan dan memerlukan banyak pengiraan.

Artikel ini ditulis cukup untuk pembaca faham dan mampu memasang sistem pengairan dengan sendiri.

Secara umumnya, sistem pengairan fertigasi merangkumi;
a) tangki air,
b) pam air,
c) penapis air,
d) paip utama,
e) paip sekunder,
f) paip pembahagi,
g) mikro tiub,
h) dripper,
i) polibeg berserta media.

1) Tapak projek perlu rata

Ini kerana pemberian air dan larutan baja diberikan kepada polibeg melalui sistem pengairan.

Tapak projek yang rata akan memboleh memberikan larutan baja ke setiap polibeg adalah pada kadar kuantiti yang uniform.

Tapak projek yang tidak rata akan menyebabkan pokok pada setiap polibeg tidak menerima larutan baja pada kadar yang sama.

Ada yang terlebih dan ada yang kurang. Ini mengakibatkan pokok tidak membesar secara seragam.

IMG

2) Bilangan polibeg dan kekuatan pam air

Bilangan polibeg perlu diberikan perhatian khusus apbila mereka bentuk sistem pengairan.

Bilangan polibeg juga kan menentukan saiz dan kekuatan pam air yang perlukan serta jumlah keperluan air sehari.

Semakin banyak bilangan polibeg semakin besar HP pam air yang diperlukan.

Semakin besar pam air semakin mahal harganya.

Bahkan ada kemungkinan kita terpaksa menggunakan elektrik three phase.

Kita boleh bahagikan ladang fertigasi kita kepada beberapa pam dengan menggunakan satu pam air atau setiap plot mempunyai pam air sendiri.

Secara umumnya, pam air 2 HP mampu memgalirkan air kepada 3,000 – 5,000 sekali jalan.

SISTEM PENGAIRAN 1

Susun atur pengairan fertigasi dengan konsep satu sistem pam air kepada satu plot yang besar

SP2

Susun atur pengairan fertigasi dengan konsep satu sistem pam air kepada dua plot kecil

SP 3

Susun atur pengairan fertigasi dengan konsep satu sistem pam air kepada setiap satu plot yang besar

Kita sambung artikel ini pada siri kedua.

Sebelum itu saya tinggalkan homework kepada para pembaca semua.

Jika ada 10,000 polibeg, berikan dua alternatif yang boleh kita gunakan dalam mereka bentuk sistem pengairan fertigasi kita?

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Response to Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Siri 1

  1. rasidah soraya majid says:

    Alhamdulillah. Terima kasih Tuan. Kongsi inputs .

Leave a Reply