Benih Cendawan yang Berkualiti

Bahan utama dalam pembuatan benih cendawan adalah gandum ataupun boleh juga digunakan biji jagung.

buat benih

Rendam gandum mengikut sukatan yang diperlukan dalam masa 5 hingga ke 6 jam di dalam besen/bekas yang sesuai agar gandum kembang sedikit.

Untuk sekilogram gandum dapat menghasilkan 5 beg benih cendawan dengan berat 300 gram setiap satu.

Selepas itu toskan semalaman dan sediakan bahan untuk menimbang serta membungkus gandum seperti plastic polipropilena (beg pp) dan penimbang.

benih cnc

Paketkan gandum dalam berat 300gram dan pasang gegelung dan penutup.

Selepas itu kukus selama satu jam dengan suhu 121 celcius.

Kemudian biarkan sehingga sejuk dan bolehlah di suntik dengan miselium kultur tulen di dalam bilik suntik yang dilengkapi dengan alatan yang lengkap.

Selepas disuntik dengan kultur tulen, beg benih perlulah disusun di rak untuk proses pemeraman dan biarkan sehingga 7 ke 14 hari.

Setelah penuh dengan miselium dalam bungkusan, benih cendawan bolehlah dijual ataupun digunakan.

Benih cendawan

Sebungkus gandum/benih cendawan mampu disuntik sehingga 90 bongkah cendawan.

Cara memilih benih yang baik : –

1) Benih yang cantik warnanya putih seperti kapas, gebu dan agak kering. Sebelum menggunakan benih tersebut perlulah dilihat terlebih dahulu benih cendawan tersebut, jika mempunyai warna selain warna putih eloklah dibuang atau tidak digunakan kerana ia sudah tercemar.

be

2) Benih seeloknya di simpan di dalam suhu bilik.

3) Gunakan benih dalam masa 10 hari dari tarikh pembelian. Benih sebenarnya boleh bertahan sehingga sebulan tetapi penggunaan awal adalah sebaiknya untuk mengelakkan benih tercemar/rosak.

4) Tanda-tanda benih dah tua apabila keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Benih yang tua boleh digunakan TETAPI jika terlalu banyak yang menggerutu dan minyak yang dikeluarkan terlalu banyak maka benih sudah tidak kuat dan jangan digunakan.

Dapatkan buku Teknologi Pengurusan dan Pembenihan Cendawan bagi memahami kaedah membuat benih cendawan secara bergambar. Wassap: 017-6486713 untuk pembenihan. Harga RM 34 + Pos laju RM 10.

cover myagri

Kongsikan!
  • 77
  •  
  •  
  •  
    77
    Shares
This entry was posted in Benih, Benih cendawan, Cendawan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply