Cara Membuat Teh Misai Kucing di Rumah

DRIED_Orthosiphon_Leaf_Tea_Java_Tea_Cat

Artikel kali ini, Myagri akan share bagaimana kita boleh buat the misai kucing sendiri di rumah.

Mudah sahaja.

Tetapi buat permulaannya, kita mesti lah tanam pokok misai kucing di rumah sendiri dulu.

Barulah jadi cara – cara membuat the misai kucing di rumah.

Bagus lagi herba yang diproses sendiri meyakinkan bahawa minuman herba yang anda gunakan itu dijamin tulen, bersih dan bebas daripada sebarang bahan kimia.

Lagi – lagi misai kucing tu kita tanam sendiri.

Kalau pokok misai kucing di rumah jiran, jadi artikel ini tajuknya, cara membuat the misai kucing di rumah jiran.

Antara manfaat paling penting ekstrak herba itu ialah sifat melawas kencing yang memainkan peranan dalam mengatasi pelbagai masalah buah pinggang, radang pundi kencing dan gout.

Pakar Saintis mendapati Misai Kucing mempunyai sekurang-kurangnya 30 jenis bahan kimia kompleks tumbuhan atau fitokimia yang kebanyakkannya membantu mengendurkan otot-otot salur darah sekaligus melancarkan aliran air kencing.

Ekstrak daripada Misai Kucing juga dijadikan antara ramuan dalam produk pelansingan badan dan penyahtoksikan cara barat.

Ok. Artikel seterusnya saya akan sharekan cara menanam pokok misai kucing di rumah.

Secara umunya tanaman misai kucing ini boleh dituai selepas 3 bulan ditanama selalui keratan batang.

Misai kucing ada tiga bahagian yang biasa dituai iaitu batang, daun dan bunga. Tetapi awas hanya daun sahaja yang sesuai digunakan untuk pemakanan.

Ini kerana khaisat misai kucing terletak pada bahagian daunnya.

1) Mula-mula potong batang misai kucing yang matang lebih kurang 30 cm – 40 cm.

2) Bersihkan dan bilas dengan air bersih sebelum disidai di atas rak bagi mengeringkannya dari sebarang kesan air.

3) Seterusnya, agasingkan daun dari batangnya. Batang yang masih elok untuk direndamkan ke dalam baldi yang berisi sedikit air untuk pertumbuhan akar dan ditanam semula dalam polibeg atau pasu.

4) Daun yang telah diasingkan dirata ke atas beberapa para / meja untuk dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga ia bertukar warna menjadi keperang-perangan. Bergantung kepada keadaan cuaca, proses pengeringan itu akan mengambil masa sekitar 4 – 7 hari.

5) Kemudian daun akan dimasukkan ke dalam oven pembakar kek selama kira-kira 15 minit sebelum disejukkan dan dikisar menggunakan pengisar kering atau blender. Kalau tak racip jer pakai pisau.

6) Siap, simpan serbuk daun the misai kucing di dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan sama seperti membancuh teh biasa, iaitu samada dicelup dalam air mendidih.

khasiat-teh-hijau-1

Nak manis tambh gula, tetapi nama pun teh kesihatan jadi sekali sekala minum lah teh misai kucing di rumah.

Selamat mencuba.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba, Misai Kucing and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Cara Membuat Teh Misai Kucing di Rumah

  1. Malai says:

    Nak tanya, boleh tak kita gunakan mesin dehydrator terus? Kalau boleh apa settingnya?

  2. Nureenzz says:

    Info yg berguna..memang selamat lah ya teh yg dibuat sendiri.?.ada pokok tapi takut nak buat sendiri.

  3. abang kie says:

    jangan takut,kalau dah yakin betul buat je. boleh juga di blender ngan epal hijau,sedap dan menjadi penawar bagi pesakit kenser. InsyaAllah.

Leave a Reply