Penyediaan benih kuchai fertigasi

Tanaman kuchai merupakan sejenis tanaman yang boleh dibiak menggunakan biji benih dan ubi, terutamanya tanaman kuchai secara fertigasi.

Tanaman kuchai secara fertigasi tahan selama beberapa tahun dan boleh dibiakkan daripada ubi setelah berusia 4 – 6 bulan.

Berikut adalah langkah mudah untuk membiakkan atau menyediakan benih kuchai fertigasi.

1) Sediakan polibeg dan media tanaman seperti cocopeat, sekam padi bakar atau lain – lain media. Basahkan media secukupnya.

20150601_121746_18147927128_o

2) Potong daun kuchai, tinggal 1 inci daun daripada bawah untuk mempercepatkan pertumbuhan daun kuchai.

20150601_121824_18331816212_o

3) Korek dan keluarkan ubi kuchai dengan berhati tanpa mematahka ubi kuchai dan bahagian daun.

20150601_124657_18148049810_o

4) Pecahkan ubi kuchai kepada beberapa bahagian benih kuchai. Potong bahagian akar lebihan dan tinggalkan 1 inci panjang akar.

20150601_121807_18335779235_o

5) Tanam semula benih kuchai tersebut. Selepas tanam letak di tempat yang redup selama 5 hari sebelum dialihkan ke tempat yang bercahaya. Mula berikan baja pada hari ke tiga. Pemberian baja dalam bentuk larutan akan dapat mempercepatkan proses pertumbuhan akar serta membantu tanaman kuchai tumbuh dengan cepat.

20150601_122028_18147954278_o

6) Selepas 2 – 4 minggu kuchai boleh mula dituai.

P1030140

Selamat mencuba!!!!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Kuchai Fertigasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply