Siri Herba Malaysia – Ulam Raja

Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat kerana ia dimakan secara mentah atau dicelur dalam jangka masa yang singkat.

Ulam mempunyai kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium.

Ulam dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

Hari ini kita akan mengupaskan tentang ulam raja yang sememangnya sangat terkenal di kalangan orang-orang kita.

Ulam raja sangat mudah di cari di pasar mahupun kedai2 runcit. Kebiasaan di kedai makan juga menyediakan juadah ulam raja.

Ulam raja ataupun bahasa saintifiknya Cosmos caudatus kunth.

Berasal daripada keluarga Compositae.

Tumbuhan ini mudah hidup di kawasan yang lapang dan terbiar yang terdedah kepada cahaya matahari.

Pokok ini berasal daripada Amerika Latin dan mudah di dapati Florida, Amerika Syarikat, Malaysia dan negara-negara Asean.

Nama lain bagi ulam raja ialah, pelampung, king salad, intan berayun dan kenikir.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter selalunya kitaran hidupnya hanya satu musim sahaja.

Ia sangat mudah membiak kerana biji benihnya di sebarkan selepas bunganya matang.

Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya berhadapan, terdiri daripada 2-4 pina, bergaris bentuk ovat atau segi tiga, kira-kira 3.5-20 cm panjang dan 2-10 cm lebar.

Segmen daun runcing atau oblong, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini beraroma apabila diramas.

Seperti ulam yang lain, setiap ulam mempunyai khasiat yang tersendiri, ini termasuklah ulam raja, khasiatnya seperti memperbaiki peredaran darah, mencuci darah daripada bahan toksid, menguatkan tulang serta merangsang selera makan.

Ada juga sesetengah daripada peminat tanaman hiasan menanam ulam raja sebagai hiasan di keliling rumah kerana warna bunganya yang cantik. kaedah penjagaan pokok ini jugak sangat mudah.

DSC_0073 ulam raja

101-0162_img

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply