Adakah sayur – sayuran hidroponik dan fertigasi selamat dimakan?

Terdapat beberapa persoalan dan isu yang diperdebatkan di kalangan masyarakat Malaysia iaitu adakah sayur – sayuran hidroponik dan fertigasi selamat dimakan?

Ada yang kata sayuran hidroponik dan fertigasi kurang rasa dan bau? rasa baja dan sebagainya.

Apa yang dirisaukan adalah pemberian baja kimia secara berterusan sepanjang jangka hayat tanaman di bekas tanaman atau polibeg yang dikhuatiri akan menghasilkan sayuran yang mengandungi logam berat serta mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Tidak dinafikan pemberian baja secara berleluasa akan mendatangkan masalah. Tetapi pemberian baja secara berleluasa ini akan merosakkan tanaman terlebih dahulu. Ini kerana tanaman akan terlebih nutrient.

Jika pemakanan sayuran hidroponik dan fertigasi mendatangkan kemudaratan kepada pengguna, sistem tanaman ini tidak akan diaplikasikan di Negara – negara maju seperti Jepun, Belanda, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Ini kerana undang – undang keselamatan makanan (Food Safety) negara maju adalah lebih ketat berbanding Malaysia.

Formulasi baja yang dirumus pula masih di dalam lingkungan yang selamat. Di dalam bahasa yang mudah, penggunaan kepekatan ion – ion kimia di dalam baja hidroponik dan fertigasi masih dalam lingkungan selamat untuk penghasilan makanan. Kaedah pemberian baja juga telah dirangka supaya bersesuaian dengan pertumbuhan dan usia tanaman.

Manakala faktor sayuran hidroponik dan fertigasi kurang segar, rasa dan bau menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai fisiologi tanaman. Ini hanya merupakan persepsi pengguna terhadap tanaman hidroponik dan fertigasi. Persepsi dan khabar angin tanpa sebarang siasatan.

Apa yang patut pengguna risaukan adalah pencemaran akibat mikrooragnisma seperti E. coli dan Salmonella pada sayur – sayuran hidroponik, fertigasi mahu pun konvensional. Dah bukannya masalah bahaya baja yang diberikan kepada tanaman hidroponik dan fertigasi.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan, Hidroponik and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply