Buah Cili Buruk dan Gugur

Saya menerima satu pertanyaan daripada pembaca MyAgri.

Pertanyaannya berbunyi begini:

bro…mohon bantuan…cara merawat buat cili yang buruk dan gugur sebelum matang

Ada beberapa punca terjadinya masalah ini iaitu cili yang buruk dan gugur sebelum matang.

Jika pembaca itu menghantar gambarnya mudah untuk saya diagnos puncanya.

Saya jelaskan secara terperinci pada artikel kali.

#1 Lalat buah

Buah cili hijau yang hampir matang sering menjadi serangan lalat buah untuk menyuntikkan telurnya.

Apabila buah cili hijau yang disuntik dengan telur ini dalam proses bertukar kepada merah, telur tadi akan menetas.

Larva yang baru menetas ini akan makan bahagian dalam cili dan menyebabkan buah cili menjadi busuk, berair dan gugur sebelum matang sepenuhnya.

Perhatikan bahagian permukaan kulit cili ada lubang kecil iaitu lubang akibat disuntik oleh lalat buah betina ini.

Satu lagi kaedah, belah buah tadik, lihat jika ada ulat di dalam buah maka pasti anda menghadapi masalah lalat buah.

Lalat Buah 2

Lalat Buah 1

#2 Masalah kekurangan kalsium

Satu lagi kemungkinan adalah masalah kekurangan kalsium tetapi jarang buahnya akan gugur.

Tetapi sekadar buruk di pokok sewaktu hijau.

Untuk kepastian, belah buah cili tersebut, lihat jika bijinya hitam maka, confirm inilah masalahnya.

KD2

KD1

#3 Kulat Antraknos

Kulat antraknos sering menyerang bahagian buah cili.

Buah cili yang diserang kulat ini akan terdapat pusaran kehitaman pada buah.

Pada peringkat serangan yang teruk buah cili akan gugur.

A

#4 Kurang baja

Kekurangan baja juga menyebabkan buah cili gugur sebelum matang.

Jika pokok cili kekurangan nutrien pada peringkat awal, kebiasaanya gugur pada peringkat putik buah.

Masalah ini juga sering terjadi pada peringkat cili hampir, selalunya pada varieti cili yang masak serentak (Synchronize Flowering).

Artikel esok saya berikan cara – cara mencegah dan mengatasi masalah ini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Kawalan serangga tanaman and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply