Kaedah pembajaan tanaman bunga, sayur dan hiasan di dalam pasu

1. Pembajaan baja butir. Kadar satu sudu teh. Bergantung pada jenis tanaman. Kalau sayur daun dan tanaman hiasan daun gunakan baja butir NPK 15-15-15 + te. Tanaman hiasan bunga dan sayuran berbuah seperti cili gunakan NPK 12-12-17+ te. Manakala bagi tanaman rumput baja yg baik dan berkesan adalah baja urea 46%. Kadar pemberian yang disyorkan adalah 1-2 minggu sekali bergantung kepada usia dan pertumbuhan tanaman. Baja butir hendaklah diletakkan pada jarak 5 ke 10 cm daripada pangkal pokok. Ini bagi menggelakkan pokok terbakar akibat terlebih baja.

2. Pemberian baja butir pada tanaman di dalam pasu memberikan kesan yang sedikit lambat pada tanaman. Ini kerana baja butir memerlukan air bagi mencairkan salutan atau coating baja butir tersebut. Hanya setelah coating baja butir pecah atau larut barulah baja atau nutrient tersebut dapat diambil oleh tanaman. Pemberian baja foliar dapat menunjukkan kesan yang cepat dan singkat pada tanaman. Baja foliar merupakan baja cecair yang diaplikasikan secara semburan pada daun. Semburan baja foliar pada tanaman yang rimbun di dalam pasu juga disyorkan. Ini kerana kesukaran untuk menabur baja butir di dalam pasu. Baja foliar disyorkan diberikan setiap tiga hari sekali atau seminggi sekali bergantung pada jenis tanaman. Bagi tanaman sayur daun atau tanaman hiasan daun, baja foliar yang mengandungi tinggi kandungan nitrogen disyorkan seperti foliar 15-15-15+ te. Manakala bagi tanaman sayuran berbuah atau tanaman hiasan berbunga, baja foliar yang mengandungi unsur kalium atau pottassium yang tinggi disyorkan seperti 12-12-17 + te atau 12-12-21+te.

3. Baja cecair juga sesuai untuk diberikan pada tanaman di dalam pasu. Baja cecair seperti 15-15-15 + te sesuai untuk tanaman sayuran berdaun, manakala baja cecair 12-12-17 + te sesuai untuk diberikan kepada tanaman berbuah atau hiasan berbunga. Baja cecair hendaklah dilarutkan terlebih dahulu mengikut nisbah yang disyorkan dan diberikan kepada tanaman dengan kekerapan 3 – 5 hari sekali bagi memastikan tanaman sentiasa cukup dengan nutrient. Kunatiti larutan baja pula bergantung kepada peringkat pertumbuhan dan usia tanaman.

Pemberian baja kepada tanaman di dalam pasu hendaklah pada kadar yang tepat. Ini kerana pemberian baja secara berlebihan akan menyebabkan pokok terbakar atau mengalami simptom necrosis pada daun akibat terlebih baja. Kekurangan baja pula kan menyebabkan tanaman di dalam pasu terbantut. Ini kerana tanaman di dalam pasu mempunyai nutrient yang terhad.

Selamat berkebun di dalam pasu di rumah atau di pejabat saya ucapkan kepada pembaca semua

  1. Peralatan dan Baja Fertigasi Harga Murah dan Berbaloi- Klik Sini
Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Baja Foliar, Edible Graden, Nota Tani, Pertanian Umum, Tanaman Hiasan and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply