Tanaman Hiasan Indoor Yang cantik

Ingin memenuhi bilik pejabat, kamar tidur atau ruang tamu dengan tumbuhan dan pokok hiasan. Kenal pasti tumbuhan hiasan dalaman yang tidak memerlukan cahaya yang tinggi. Tanaman merupakan salah satu organisma yanng menyokong kehidupan di muka bumi kerana kemampuannya menghasilkan gas Oksigen. Selain berfungsi sebagai hiasan mengindahkan sesuai ruang, tumbuhan hiasan dalaman ini mampu menyegarkan sesuatu ruangan dengan membekalkan oksigen secara konsisten.

Berikut ini adalah beberapa jenis tanaman hias indoor yang cantik, sesuai sebagai tanaman hias di dalam ruangan serta mudah dijaga.

1) Lidah mertua atau Sansevieria

sansevieria-bfs1001

Lidah mertua atau Sansevieria merupakan jenis tanaman hias yang paling sesuai dijadikan tanaman hias indoor kerana ianya cantik dan juga mampu memperbaiki kualiti udara di dalam sesuatu ruang.

2) Calathea

Calathea_Ornata-1

Calathea mempunyai ketahanan hidup yang cukup lama untuk diletakkan di dalam ruang, tumbuhan ini mempunyai corak dan warna daun yang bergaris­ garis cantik.

3) Aglaonema

DSC00941

Aglaonema sering menjadi pilihan untuk dijadikan tumbuhan hias indoor. Ianya mempunyai warna daun yang merah, hijau, merah jambu dan lain-­lain. Tanaman ini dapat hidup dalam ruangan dengan keadaan cahaya matahari yang sedikit.

4) Philodendron

Philodendron Hope

Philodendron memiliki banyak variasi dan jenis. Bentuk daun philodendron ada yang bergerigi sangat unik dijadikan penghias ruangan . Tanaman ini juga mudah ditanam dan dijaga.

5) Schefflera arboricola

schefflera_arboricola_popup

Tanaman ini mempunyai nama lain umbrella tree kerana mempunyai tangkai daun yang bercabang enam dengan warna daun hijau polos atau variegata. Di habitat aslinya, tanaman ini mampu mencapai 5 meter tinggi.

6) monstera monsterosa

a489687122cf5627bdd31dcfff6c47cd

Mempunyai daun berkilau dan bergerigi yang cantik. Di dalam ruangan ukuran daunnya mampu membesar sehingga telapak orang dewasa.

7) Chrysalidocarpus

2296009364_e826e5aaf9_m

Chrysalidocarpus atau Palem kuning banyak disukai ramai kerana mempunyai rupa bentuk yang cantik.

8) Sirih belanda

pothos-plant

Tanaman yang gemar pada air ini dan juga sangat baik untuk memperbaiki kualiti udara di dalam bilik.

Penjagaan

Sebaiknya tanaman indoor ini dikeluarkan seminggu sekali daripada ruangan dan didedahkan kepada cahaya matahari untuk memastikan tanaman segar dan hidup lebih lama.

1. Peralatan dan Baja Fertigasi Harga Murah dan Berbaloi- Klik Sini

Kongsikan!
  • 22
  •  
  •  
  •  
    22
    Shares
This entry was posted in Tanaman Hiasan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply