NUTRISI TANAMAN

PENGENALAN

Nutrisi adalah unsur penting yang diperlukan dalam menentukan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan. Ianya disebut sebagai zat zat yang berguna untuk pertumbuhan, pemeliharaan kesihatan atau mengimbangi fungsi normal sistem tubuh. Sekiranya berlaku kekurangan nutrisi, ianya akan menyebabkan kemerosotan tumbesaran, gangguan metabolism, tiada tenaga, terdedah kepada serangan penyakit dan sebagainya. Nutrisi ini diperlukan sama ada pada manusia, haiwan atau tumbuhan dan ianya saling berhubungan antara satu sama lain.

Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Dalam bidang pertanian, terdapat 16 unsur nutrisi yang sangat penting dalam tumbesaran tumbuhan dan sekiranya terdapat kekurangan nutrisi akan mengakibatkan tumbesaran tumbuhan akan terbantut dan terencat. Zat zat ini biasanya terdapat dalam tanah yang menyediakan banyak unsur kimia. Kesuburan tanah sangat penting dalam menentukan peningkatan pengeluaran hasil tanaman.

Akar tumbuhan akan bertindak sebagai medium pengangkutan dimana akar akan menyerap semua nutrisi nutrisi yang terdapat di dalam tanah dan dipindahkan kepada semua bahagian tumbuhan seperti daun, buah dan batang bergantung kepada kadar penyerapan dan proses yang dijalankan oleh tumbuhan. Selain akar, stomata di bahagian daun juga menyerap kandungan karbon dioksida dalam bentuk gas bagi kegunaan kitar karbon dan kitar oksigen di dalam proses fotosintesis.
Terdapat 2 jenis nutrisi tanaman yang diperlukan dalam tumbuhan iaitu makronutrien dan mikronutrien. Setiap unsur mempunyai peranan dan tugas tersendiri bagi memastikan tumbesaran pokok berjalan dengan baik dan memberikan sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman.

MAKRONUTRIEN

Maknonutrien bermaksud unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak. Ianya di bahagikan kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder. Antara unsur unsur yang dikategorikan dalam kumpulan makronurien adalah Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S, Fosforus (F) dan Nitrogen (N).
Unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen boleh diperoleh melalui udara dan air manakala unsur seperti kalium, kalsium, magnesium dan sulfur biasanya diberikan kepada tanaman melalui pembajaan.

Berikut merupakan senarai kepentingan/ fungsi semua unsur makronutrien dan akibat yang akan berlaku sekira kekurangan unsur unsur tersebut.

1

2

MIKRONUTRIEN

Miknonutrien adalah unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit berbanding unsur makronutrien. Unsur unsur yang dikategorikan dalam unsur mikronutrien adalah seperti Boron (B), Zink (Z), Besi (Fe), Mangan (Mn),Kuprum (Cu), Klorin (Cl) dan Molibdenum (Mo).

Berikut merupakan senarai kepentingan/ fungsi semua unsur mikronutrien dan akibat yang akan berlaku sekira kekurangan unsur unsur tersebut.

3

4

KESIMPULAN

Unsur unsur makronutrien dan mikronutrien tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dan peranan yang tersendiri. Makronutrien terlibat dalam pembentukan kitar karbon dan tindakbalas penyimpanan tenaga manakala mikronutrien terlibat dalam kofaktor untuk enzim dan pemindahan elektron.

Kesuburan tanaman bergantung kepada proses, cara dan masa pembajaan. Pembajaan tanaman adalah aktiviti yang penting dalam penjagaan tanaman bagi memastikan tanaman yang ditanam mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran dan penghasilan buah yang baik dan banyak.

Pembajaan adalah bertujuan memulihkan kandungan nutrient dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan dan kekurangan unsur unsur tersebut menghasilkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan dan tumbesaran pokok.

Kongsikan!
  • 61
  •  
  •  
  •  
    61
    Shares
This entry was posted in Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply