5 PERKARA YANG MESTI BAKAL PENGUSAHA KEBUN WASPADA

1. Jangan Merompak Duit Jualan Hasil Tuaian

Perkara nombor satu yang tidak patut seorang pengusaha atau penanaman sayur-sayuran buat adalah merompak duit jualan hasil ladang sendiri. Bagaimanakah dikatakan merompak duit hasil ladang sendiri adalah apabila jual cili atau hasil ladang, duit hasil jualan tersebut digunakan untuk membayar gaji pekerja, membeli baja dan sebagainya. Sewajibnya duit hasil jualan ladang tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun bank yang dibuka khas untuk kutipan duit hasil jualan ladang.

Pengusaha atau penanam haruslah menyediakan segala keperluan projek sebelum memulakan penanaman. Sebagai contoh, pengusaha fertigasi cili untuk satu ekar mestilah memperuntukkan sebagai RM 40 ribu untuk sistem pengairan, input ladang, gaji pekerja untuk enam bulan serta elaun atau gaji sendiri selama enam bulan. Duit hasil jualan ladang mesti terus dimasukkan ke dalam akaun bank dan hanya dikeluarkan selepas enam bulan atau tamat musim penanaman. Cara ini barulah pengusaha ladang dapat menikmati pendapatan yang lumayan!

2. Jangan Ambil Bank Loan Untuk Membuka Kebun sayur

Elakkan mengambil pinjaman pada peringkat awal kita baru memulakan projek. Seelok – eloknya mulakan dengan wang kita sendiri. Jika wang sedikit mulakan projek kecil. Pada peringkat permulaan ini, kita menguji diri kita dengan kerja – kerja pertanian. Jika projek gagal sekali pun, kita hanya tutup buku sahaja. Jika gagal dengan pinjaman, kita tak boleh tutup buku projek lagi, kene bayar hutang bank dulu. Sebaliknya pinjaman bank diambil untuk kembangkan saiz atau kapasiti pengeluaran kebun atau ladang kita. Pada peringkat permulaan ini, jadikan peringkat pembelajaran.

3. Tidak Menangguhkan hasrat penyelidikan

Tidak dinafikan ramai pengusaha suka melakukan penyelidikan atau trial RnD sendiri. Semua orang nak jadi pegawai penyelidik. Tangguhkan hasrat anda terlebih dahulu. Ikut sahaja satu cara atau kaedah yang telah terbukti keberkesanannya. Ini dapat mengurangkan risiko kerugian. Bahkan jika anda memperolehi keuntungan yang banyak setiap musim, saya syorkan anda tingkatkan kapasiti pengeluaran ladang anda daripada melakukan penyelidikan!

4. Berkuli Dahulu Sebelum jadi tauke

Pemilik kebun wajib jadi pekerja kebun dahulu. Ini bagi memahami selok belok pengurusan dan kaedah penanaman terlebih dahulu. Rata – rata pengusaha fertigasi yang berjaya selalunya akan menjadi kuli untuk 2 – 3 musim sebelum menjadi boss. Ini bagi menggelakkan boss daripada ditipu oleh pekerja. Ini belum masuk cerita pekerja naik kepala jadi tauke. Namun begitu persoalan melibat kutipan hasil dan wang, boss perlu terlibat secara langsung! Serta ingat pertambahan pekerja merupakan pertambahan overhead.

5. Carilah ilmu yang betul dan tepat

Sebelum memulakan projek menuntutlah ilmu dengan cukup. Menuntut ilmu bukan dengan sebarangan orang. Orang yang berpengalaman 15 tahun pun jika mengamalkan cara yang salah maka rugilah dia. Sekarang ini pula ramai yang nak jadi cikgu. Bahkan menanam sepokok pun tak pernah sudah jadi cikgu. Maka hati – hati terutama kepada pengusaha baru!

Harap tips ini dapat membantu anda semua.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cerita kegagalan, Fertigasi, Nota Tani, Success Stories and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply