CARA MEMBUAT FOLIAR CALCIUM BORON DI KEBUN

Tanaman cili selalunya menghadapi masalah kekurangan Kalsium atau calcium deficiency atau Blossom End Rot (BER). Masalah ini selalunya ketara pada tanaman cili fertigasi. Pertumbuhan pokok fertigasi sangat cepat mewujudkan persaingan di antara buah dan pucuk tanaman untuk nutrient kalsium. Untuk mengetahui lebih lanjut pernyataan di atas boleh google Plant Sink and Source.

Secara umumnya, buah cili memerlukan kalsium untuk membentuk kulit buah, manakala pucuk cili memerlukan unsur yang sama untuk pembesaran. Selalunya buah cili akan kalah di dalam persaingan tersebut. Jadi simptom kekurangan kalsium ini akan muncul pada buah cili. Kebiasaanya, buah cili akan menunjukkan simptom kekurangan kalsium pada buah pertama sehingga buah kelima.

Memang jika dilihat ianya hanya sekadar lima biji buah cili sahaja tetapi jika dikira dengan tepat ianya melibatkan angka yang besar.

Sebagai contoh,

Purata berat sebiji buah cili adalah 20 gm:

Sepokok = 5 biji BER x 20 gm = 100 gm:

Jika 10,000 pokok x 0.1 kg = 1000 kg @ 1 tan:

1000 kg x RM 5 per kg = RM 5,000;

Contoh kiraan pada kadar 1 tan, pengusaha cili kehilangan RM 5,000 bagi masalah BER ini.

Ini merupakan satu masalah yang besar. Kekurangan kalsium atau BER boleh dikenal pasti dengan simptom tanda reput pada hujung buah cili. Salah satu kaedah untuk merawat melalui rawatan semburan foliar calcium boron. Harga kalsium boron yang baik dalah sekira RM 120 – RM 280 untuk 4 Liter. Ini merupakan kos tambahan kepada pengusaha di masa masalah kos sara hidup yang makin meningkat.

Picture1

Saya akan tunjukkan cara – cara membuat foliar kalsium boron di kebun anda sendiri mengunakan komponen baja fertigasi.

Bahan – bahan yang diperlukan:

i. Calcium 26% 390 – gm
ii. Hibor atau Boric acid atau Boron 11% – 77 gm
iii. 1 Liter air
iv. Bekas 2 liter
v. Sudu pengacau
vi. Botol 1.5 liter

1

1. Kita akan sediakan pati atau stok calsium boron.

2. Masukkan 1 liter air ke dalam bekas.

3. Masuk kalsium 26% ke dalam air satu liter tadi dan kacau sehingga larut.

4. Setelah kalsium larut, masuk Hibor atau Boric acid atau Boron 11% dan kacau sehingga larut.

4. Simpan larutan kalsium boron di dalam botol 1.5 liter dan biarkan semalaman sebelum digunakan untuk pastikan ianya benar-benar larut.

2

3

Cara penggunaan

1. Goncangan stok pati kalsium boron.

2. Sukat sebanyak 30 / ml / gm / cc dan masukkan ke dalam 20 Liter air dan spray kepada pokok cili.

Artikel akan datang saya akan ceritakan cara-cara meningkatkan keberkesanan penggunaan foliar.

Jika anda suka artikel ini, sila Like page FB MYAGRI

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Baja Foliar, Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to CARA MEMBUAT FOLIAR CALCIUM BORON DI KEBUN

  1. Fadhil says:

    dalam cara penggunaan tu, sukat sebanyak 30ml kot ya? atau betul 30gm?

  2. Andy says:

    hello, di mana saya boleh order boric acid?

  3. Mohd azri says:

    Bolh terang kan mcm mne 26%-11% tue ye..

Leave a Reply