Pertanian untuk Orang Muda

Sebenarnya telah banyak bantuan yang diberikan kepada belia atau orang muda. Terlebih dahulu elok kita fahamkan dahulu apakah definasi muda. Harus diingat definasi muda bukannya muda di hati tetapi mereka – mereka yang berusia 40 tahun ke bawah atau di klasifikasikan sebagai B-40.

Bermula pada tahun 2013, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjenamakan semula program untuk belia atau mereka yang B-40 ini kepada Agroprenuer Muda. Malahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah menubuhkan Unit Agroprenuer Muda atau singkatannya UAM. Pejabatnya di Wisma Tani, Putrajaya.

Dibawah Program ini ada beberapa faedah atau bantuan telah diberikan kepada belia atau B-40. Program ini juga telah menarik minat mereka yang veteran atau M-40. Di bawah program ini, beberapa keistimewaan diberikan kepada B-40 ini.

Antaranya:

1. Pinjaman mudah sehingga RM300,000
2. Geran in-kind contribution
3. Latihan
4. dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laman moa.gov.my atau rajin-rajinkan lah pergi Wisma Tani.

Sebab ini bukan bahagian komunikasi MOA 🙂

Bagi M-40, Tahun 2016 ada bentuk bantuan kepada anda semua daripada Kerajaan. Jadi Tunggu.

Manakala bagi menarik minat menjadi satu persoalan yang menarik. Pada pemerhatian saya antara beberapa faktor yang saya percaya dapat menarik minat orang muda untuk menyertai bidang pertanian:

1. Orang mudah suka projek pertanian yang melibatkan teknologi
2. Projek pertanian yang mudah dan ringkas
3. Confirm kaya. Kalau boleh hari ini tanam pokok, esok dah kaya
4. Dana kick-off untuk permulaan projek
5. Latihan percuma

Namun begitu pada tahun hadapan ini adalah budget 2016 untuk pertanian dan industri asas tani.

image_gallery

Terima kasih kepada Nazrul Bnist daripada FB bertanya: Bagaimana hendak menarik perhatian golongan muda dalam bidang pertanian dan bagaimana hendak memulakan dan mendapatkan dana..

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Info and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply