Ladang Limau Berastagi, Indonesia

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini, perkara yang penting adalah semestinya buah limau madu atau limau manis. Terdapat pelbagai jenis varieti limau yang popular antaranya:

1. LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)
2. LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)
3. CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)
4. KWANTUNGMANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)
5. PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan)

Manakala yang popular ditanam di Malaysia adalah Limau madu atau Citrus suhuiensis dan tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok limau madu merupakan tanaman yang berpotensi tinggi untuk dimajukan dan mendapat permintaan yang menggalakkan di kalangan peminat buah-buahan tempatan. Ini kerana buah limau madu mempunyai rasa yang manis, kandungan jus yang tinggi, saiz buah yang baik dan kurang mempunyai serat serta hampas. Tanaman limau tidak mempunyai musim yang utama tetapi pengeluaran buah limau adalah berdasarkan kepada keadaan iklim semasa, bentuk muka bumi dan kesesuaian tanah.

Pada bulan Disember 2015 yang lepas saya berpeluang melawat ladang limau madu di Desan Dokan, Berastagi, Indonesia. Kawasan ini memang terkenal dengan tanaman limau. Untuk tarikan pelancong, terdapat ladang yang menyediakan kawasan bagi pelawat merasai pengalaman memetik buah limau sendiri. Kebiasaanya ladang limau di sini milik keluarga dan diusahakan oleh ahli keluarga sahaja. Keluasan kawasan ladang adalah sekitar 2 – 3 ekar sahaja bagi satu keluarga. Pembaca semua bolehlah menjamu mata melihat ladang perusahaan di Indonesia. Pada pendapat saya, senario penanaman limau di Indonesia dan Malaysia lebih kurang sama. Cuma di Malaysia, tanaman limau makin lama makin kurang kawasannya.

PIC1

PIC2

PIC3

PIC4

PIC5

Artikel akan datang, saya kongsikan cara-cara penanaman limau madu.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Limau madu and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply