PENANAMAN KOBIS DIDALAM PASU

kobis didalam pasu

kobis didalam pasu

Kobis (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman daripada famili Brassicaceae yang sangat popular ditanam di Cameron Highlands. Terdapat tiga jenis kubis dalam negara, iaitu kubis bulat, kubis panjang dan kubis bunga. Antaranya, kubis bulat merupakan sayuran yang popular sekali dengan penggunaan mendekati 200,000 tan pada tahun 2007 yang mana 68% daripadanya terdiri kegunaan rumahtangga. Kobis adalah sangat sesuai di tanam di kawasan beriklim sederhana,namun begitu terdapat juga varieti kubis yang boleh ditanam di tanah rendah yang lebih tinggi suhunya iaitu KK cross, U.S.Tropical,Ei Yu dan Autumn Queen.

Siapa kata dibandar tidak boleh menanam? Pada masa kini, pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk penduduk Bandar bertani di kawasan rumah mereka. Cara yang paling praktikal ialah menanam didalam pasu tanaman, polibeg atau bekas-bekas yang sesuai. Cara ini cukup sesuai bagi mereka yang kurang ruang dan laman sempit terutamanya kawasan perumahan. Paling penting keinginan dan kesungguhan untuk membekalkan sendiri sumber vitamin dan mineral dalam makanan sehari-hari terutamanya daripada sayur-sayuran.

  • Menyemai

semai terlebih dahulu benih bunga kobis dalam cawan plastik terlebih dahulu. Gunakan tanah pasu (potting soil) untuk tujuan penyemaian. Ambil cawan plastik yang bersih, masukkan tanah pasu ke dalamnya. Semai benih kobis dengan menabur di atas permukaan dan siram dengan air. Simpan cawan plastik anda di tempat kawasan teduh tetapi masih terkena haba matahari. Jika anda malas menyemai, anda boleh secara terus tabur benih kobis dalam pasu yang anda gunakan. Tabur 2 hingga 5 benih kobis  pada 1 pasu tanaman. Selepas sudah tumbuh anak pokok,boleh lakukan penjarangan untuk tumbesaran sempurna.

  • Menyediakan tanah campuran

Anda boleh membuat tanah pasu sendiri di rumah jika anda mempunyai bahan yang cukup iaitu 2 bahagian peat moss atau cocopeat, 1 bahagian vermiculite atau pasir kasar/halus, dan 1 bahagian kompos. Gaul hingga sebati dan selesai. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Anda juga boleh menggunakan tanah biasa di laman anda dengan syarat tambah kompos dengan kuantiti yang banyak dan sedikit pasir sungai

  • Mengalih anak pokok kobis pada pasu tanaman.

Apabila benih anda bercambah dan berusia kira-kira 2 minggu. Anda boleh mengalihkan anak pokok kobis tersebut pada pasu . Siram anak benih kobis  terlebih dahulu. Buat lubang ditengah polibag anda kira-kira 2 inci atau 3 inci. Cabut anak pokok kobis dan tanam di dalam lubang tersebut dan timbus semula dengan tanah. siram air secukupnya dan letakkan pasu ditempat teduh selama 1 minggu. Dalam tempoh peralihan pastikan anak pokok kobis tidak terkena sinaran matahari terik serta media sentiasa lembab agar akar baharu cepat keluar. Selepas 1 minggu alihkan pasu ke tempat terkena cahaya matahari selama 6 jam secara berperingkat-peringkat bermula dengan satu jam.

  • Pembajaan

Pemberian baja boleh dilakukan selepas 3 minggu anak pokok kobis dialihkan kedalam pasu. Menggunakan baja NPK organik dengan 1 sudu makan di sekeliling pokok kobis . Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Selain itu juga boleh  menyiram dengan larutan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli.

  • Menuai hasil

Kubis mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan sebelum boleh dituai hasilnya. Gunakan pisau tajam untuk memotong di pangkalnya.
selamat menanam.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in kobis and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply