PENANAMAN MULBERI

Buah mulberi

Buah mulberi

Mulberi atau nama saintifiknya Morus Alba adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Terdapat 10- 16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia. Antara spesies ialah Morus alba, M. latifolia, M. indica dan M. acidosa. Spesis Mulberi yang paling popular di dunia ialah M alba dan M. indica. Penanaman mulberi telah bermula sejak beberapa ribu tahun yang lalu bagi keperluan pemeliharaan ulat.

Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di Terengganu. Pokok Mulberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Mulberi merupakan sejenis pokok renek, namun ada yang boleh mencapai ketinggian antara 10 – 25m dan ukuran lilit batangnya pula boleh mencapai sehingga 8m. Daunnya jenis tunggal dan tangkainya tersusun berselang seli pada dahan. Saiz daun bergantung kepada varieti dan pada amnya berukuran 1.5 cm hingga 2.0 cm. Mulberi mempunyai pertumbuhan dan kematangan yang cepat dan mampu adaptasi terhadap persekitaran. Pokok mulberi mempunyai pelbagai kegunaan. Buah mulberi boleh di makan secara segar atau dibuat jus minuman, daun mudanya boleh dimakan sebagai ulam-ulaman di samping membantu dalam perubatan tradisional manakala pokoknya pula boleh digunakan sebagai hiasan landskap dan juga sebagai makanan ternakan. Mulberi sangat digemari oleh ternakan dan ianya boleh diberi sehingga 100% dalam diet tanpa mendatangkan masalah kepada ternakan.

Mulberi mempunyai beberapa cara penanamannya iaitu secara:

Keratan Batang
Biji Benih
Tut

Penanaman secara biji benih amat jarang dilakukan di Malaysia kerana kurang bekalan biji benih. Kaedah tut dan keratan batang adalah yang lebih praktikal digunakan di Malaysia.

Cara penanamannya, potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) atau tut ditusukkan secara menyerong atau tegak ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar untuk mempercepatkan proses pengakaran). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Keratan pokok mulberri yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga 10 helai daun, bila daun dah banyak pastinya akar pon banyak. Kebiasaanya Pokok malberi yang ditanam melalui keratan batang akan mula mengeluarkan tunas selepas 2 minggu ditanam. Selepas itu boleh diletakkan pada sinaran matahari penuh.

Pembajaan dilakukan apabila pokok sudah mencapai umur 2 bulan dengan menggunakan baja organik atau baja ringan (Baja Kopi). Pokok mulberi akan mula berbuah dalam umur 3-4 minggu dengan syarat mesti dipangkas daun dan ranting untuk mendapatkan buah yang banyak. Buah mulberi yang muda akan berwarna merah dan akan bertukar ungu gelap apabila sudah ranum. Tips untuk dapatkan buah yang banyak pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang banyak, siram air secukupnya, membaja dan jangan biarkan pokok mabuk daun, buat “prunning” bila perlu.

putik buah mulberi

putik buah mulberi

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in mulberi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply