Penggunaan Fogger dalam Pertanian

Penggunaan fogger atau fogging machine merupakan bukanlah satu perkara yang baru di dalam industri pertanian negara maju seperti Australia, Belanda dan lain – lain.

Kaedah semburan racun menggunakan fogger telah lama dipraktik di Malaysia.

Tetapi penggunaannya masih belum lagi meluas di kalangan usahawan tani dan pengusaha tanaman.

Terdapat pelbagai jenis jenama mesin fogger dijual di Malaysia.

Terdiri daripada Brand Agrofog (German), China, Korea dan Indonesia.

Tetapi masih belum ada brand daripada Malaysia!

Jika masih belum pasti apa benda itu fogger.

Secara ringkasnya fogger adalah mesin yang digunakan untuk semburan bagi membunuh dan mengawal populasi nyamuk aedes di Malaysia.

Ya. ianya adalah mesin yang sama yang akan anda lihat atau dengar bunyinya setiap petang menghampiri senja.

mesin fogging

Secara prinsip, mesin fogger ini akan mengeluarkan asap dan asap ini akan membawa particle atau zarah – zarah bahan aktif atau racun ini ke udara dan sekaligus mengena pada serangga perosak.

Mesin fogging ini menggunakan bancuhan racun serangga dan minyak diesel.

Kadar bancuhan adalah 4:1, di mana 1 liter diesel dibancuh kepada 250 ml racun serangga.

bancuhan mesin fogging

Untuk semburan racun berasaskan minyak dan juga air atau pun foliar boleh dilakukan menggunakan mesin fogging.

Ya. asap yang keluar daripada mesin fogging mengandungi zarah racun yang tinggi atau pekat.

Utamakan keselamatan dan kesihatan semasa melakukan semburan menggunakan fogger.

Antara kelebihan menggunakan mesin fogger adalah:

1. Masa yang singkat dan cepat bagi kerja – kerja meracun bagi kawasan yang luas. Sebagai contoh, kawasan seluas 5 ekar hanya memerlukan masa 30 minit sahaja.

2. Asap akan membawa zarah racun secara menyeluruh ke tanaman atau pokok. Meningkatkan kadar kematian serangga bagi racun jenis contact.

3. Berkesan bagi mengawal serangan lalat buah.

4. Lain – lain lagi cerita baik.

Walaubagaimana pun, harga mesin fogger adalah mahal di antara RM 2500 – 8000 seunit.

Mesin fogger mini mengguna gas juga ada dijual di pasaran tetapi kurang cantik kadar distribution asapnya.

Harga mesin fogging yang mahal menyebabkan penggunaannya di Malaysia agak terhad.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kawalan serangga tanaman and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply