Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB)

Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) adalah amalan kawalan yang perlu diutamakan dan diamal oleh pengusaha tani.

Penggunaan racun serangga perlu digunakan dengan kadar dan ulangan yang disyorkan.

1. Gunakan jenis racun serangga yang betul iaitu selektif atau khusus dan berkesan terhadap serangga perosak yang hendak dikawal.

2. Gunakan sukatan yang betul. Gunakan sukatan sebagaimana yang disyorkan pada label atau kotak racun serangga yang digunakan.

3. Gunakan pada sasaran yang betul. Semburan pada sasaran yang telah ditentukan iaitu di mana serangga perosak berada.

4. Masa penyemburan yang betul. Bergantung pada kehadiran dan tahap serangan serangga perosak.

5. Liputan titisan semburan yang maksimum di permukaan sasaran. Utamakan titisan semburan kene tepat pada sasaran di mana serangga perosak berada. Titisan yang halus akan memungkinkan lebih banyak titisan mengenai kawasan permukaan sasaran (daun dan buah). Walau bagaimana pun elakkan berlakunya hanyutan titisan semburan oleh tiupan angin.

6. Penggunaan yang selamat. Elakkan kemusnahan terhadap musuh – musuh semulajadi dan keracunan kepada operator.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Penyakit Tanaman, Siri Penyakit Tanaman Cili and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply