TANAMAN STRAWBERI

Buah Strawberi

Buah Strawberi

Strawberi atau nama saintifiknya Fragaria x Ananassa merupakan genus pokok dalam famili Rosaceae. Terdapat lebih dari 20 spesies serta beberapa hibrid dan kultivar.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Famili: Rosaceae
Subfamili: Rosoideae
Genus: Fragaria L.

Buah strawberi terkenal dengan kelazatannya, khasiatnya dan warnanya yang menarik. Stawberi adalah tanaman jangka panjang yang sesuai ditanam di kawasan bertanah tinggi dan bersuhu sederhana seperti di Cameron Highlands dan loging Kelantan. Di Cameron Highlands, strawberry ditanam secara fertigasi di bawah sistem pelindung hujan (SPH). Ia amat sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil disamping memberi penampilan menarik kepada pelancong.

Pengeluaran buah strawberi dunia mencecah sebanyak 4.5 juta tan metrik setahun, Di USA mengeluarkan hampir 30% daripada jumlah pengeluaran dunia. Negara lain yang banyak menghasilkan buah strawberi ialah seperti Turki, Sepanyol, Mesir, Korea Selatan, Mexico, Jepun, dan Jerman.

Strawberi ialah merupakan sejenis pokok renek (herbaceous plant) yang mempunyai ketinggian 15-20 cm dan kanopi pokok Cuma 20-40cm lebar dengan rizom yang halus, berserabut,menjalar, mempunyai ruas panjang, buku menghasilkan akar dan tunas yang baru. Batang pokok berbulu dan tegak. Pokok ini merupakan jenis hermaphrodite yang bermaksud bunga jantan dan betina yang akan melakukan pendebungaan sendiri. Bantuan serangga seperti lebah madu akan turut membantu dalam proses pendebungaan. Buah strawberi berbentuk bujur, dan merupakan aggregate accessory fruit, yang bermaksud bahagian dalam yang berisi adalah terhasil bukan daripada ovary tetapi daripada sesungut halus yang memegang ovari. Setiap butir biji (achene) diluar adalah buah strawberi yang sebenar.

Tanaman strawberi boleh tumbuh dalam pelbagai jenis iklim tetapi perlukan suhu yang sejuk untuk memecahkan peringkat dormancy. Tidak kira ditanam diatas tanah ataupun didalam polibeg. Suhu yang tinggi melebihi 30 celsius akan menyebabkan kerosakan pada buah. Kaedah penanaman strawberi di Malaysia boleh dijalankan secara terbuka di kebun atau greenhouse. Selain menanam diatas tanah secara konvensional atau organik, teknologi fertigasi juga semakin menjadi fenomena di Negara tropika seperti Malaysia.
Strawberi ditanam dengan menggunakan stolon anak benih dengan node dari rumpun pokok induk kultivar yang sesuai. Stolon yang dipilih akan disemai didalam polibeg dahulu atau terus ditanam didalam sistem fertigasi. Kaedah penanaman yang lain ialah melalui biji benih dimana biji benih dicungkil pada permukaan buah, direndam selama beberapa minit kemudian diletakkan pada tisu basah dan boleh disemai dalam “peat moss/sphagnum moss”.

Biji dicungkil pada permukaan buah menggunakan pencungkil gigi.

Biji dicungkil pada permukaan buah menggunakan pencungkil gigi.

 

Strawberi sensitif kepada jangkitan kulat seperti penyakit reput akar (Phytoptora spp) atau verticukulum spp yang merugikan petani. Serangan virus juga mengancam tanaman strawberi yang dibawa oleh Aphid (Aphids sp) . Nematod, tungau, serangga, lintah bulan adalah perosak utama strawberi. Penjagaan yang rapi serta pengurusan rumpai yang konsisten perlu diambil berat untuk mendapat buah yang kualiti dan hasil yang tinggi. Buah strawberi boleh disimpan 7- 10 hari didalam suhu terkawal sekitar 1-2 celsius (cold room) untuk dipasarkan segar. Pada masa kini, permintaan strawberi sangat tinggi oleh pengguna kerana rasanya yang masam manis dan segar serta baik untuk kesihatan dan menjadi pilihan untuk resepi masakan dan bakeri.

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Strawberi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply