TARIFF SEWAAN TANAH UNTUK TUJUAN FERTIGASI DAN PERTANIAN

Baru – baru ini saya sering mendapat banyak pertanyaan berkenaan kadar sewaan atau pajakan tanah untuk tujuan pertanian khususnya fertigasi.

Tariff atau kadar sewa bagi tanah untuk apa – apa tujuan sekali pun terutamanya pertanian bergantung status tanah.

Terdapat pelbagai jenis status tanah.

Sebagai contohnya status perumahan, komersial atau pertanian.

Bagi kadar sewaan atau pajak tanah status perumahan seperti lot banglo atau komersial sudah tentu mahal.

Boleh mencapai RM 500 – 10,000 sebulan bagi kawasan seluas 1 ekar.

Untuk sewaan atau pajakan yang murah dapatkan tanah berstatus pertanian.

Kadar sewaan atau pajakan tanah status pertanian ini adalah murah.

Paling mahal adalah sekitar RM 500 setahun seekar.

Kalau anda bertuah ada yang sewaannya RM 20 – RM 30 sebulan seekar sahaja!

Walaubagaimana pun kadar sewaan ini bergantung kepada tuan punya tanah.

Pada akhirnya bergantung kepada budi bicara Tuan Tanah.

Kadar Rm 500 setahun seekar ini sebagai guideline anda sewaktu perbincangan sahaja.

Harus diingat kadar sewaan yang tinggi akan meningkatkan kos operasi anda nanti.

Pada masa kini rate yang sesuai adalah sekitar RM 500 – RM 1200 setahun bagi tanah seluas 1 ekar.

Tempoh perjanjian yang optimum adalah 5 tahun ke atas.

At least tahun kedua balik modal untuk infrastruktur yang kita bina.

Tahun ketiga dan seterusnya untuk kita jana keuntungan!

Harap artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to TARIFF SEWAAN TANAH UNTUK TUJUAN FERTIGASI DAN PERTANIAN

  1. sa'don bin hasan says:

    Berminat menceburi bidang fertigasi.
    mencari ilmu @ pengetahuan lebih lanjut berkenaan feritigasi dan kursus-kursus keusahawanan yang ada.

Leave a Reply