FURADAN

Furadan3G

Furadan3G

Furadan? Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa racun FURADAN merupakan racun yang telah diharamkan pengunaannya disesetengah Negara barat seperti Kanada dan Persatuan Eropah (EU) dalam tahun 2008. Amerika Syarikat mengharamkannya pada tahun 2009. Kenya bercadang mengharamkannya, tetapi masih boleh dibeli dikedai pertanian. Di Malaysia, racun ini dijual dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

Bahaya ke FURADAN ini? Ya, sangat bahaya dimana ia merupakan racun yang sangat toksik yang boleh membawa kepada kematian. Menurut laporan berita, di Kota bharu,Kelantan Kanak-kanak tiga beradik dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu serbuk racun jenis ‘Furadan’ ketika ber¬main ‘masak-masak’ di belakang rumah mereka di Kampung Beran¬gan Pondok, Tumpat. “Ibu mereka mendapati ketiga-tiga anak terbaring dengan badan yang lemah dan muntah-muntah di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi. Ini baru kes terhidu, belum lagi pest residue yang terdapat didalam sayuran atau buah-buahan yang kita makan sekiranya ia disembur oleh FURADAN. Pelbagai impak buruk yang akan berlaku.

Racun FURADAN Racun Furadan berbentuk pasir, biasanya berwarna ungu. Biasanya digunakan untuk membasmi serangga perosak, nematod dan ulat perosak. Kalau seekor burung/tupai termakan sebutir pun dah mati. Kalau manusia termakan setengah sudu kecil kfc pun dah boleh menyebabkan nyawa melayang. Furadan (carbofuran) adalah racun sistemik maksudnya racun ini bila disiram akan diserap ke dalam sistem pokok. Batang, daun dan buah semuanya ada racun kalau ia digunakan. kesan racun furadan TIDAK AKAN HILANG walaupun selepas 3 BULAN. Jadi kalau kita gunakan racun ini untuk tanaman kontan (yg boleh dituai hasil dlm 2-3 bulan) maksudnya racun tu masih ada kan?

Ada laporan menyatakan bahawa furadan digunakan dalam penanaman tebu, tembikai dan jagung bagi tujuan mengawal serangga pengorek. Ada yang menyatakan racunnya tidak masuk ke buah. Furadan ini adalah racun jenis sistemik, maknanya racunnya cair dalam air dan diserap masuk keseluruh bahagian pokok, mustahil ia berhenti mengalir kat tangkai buah. Sudah pasti ia mengikut masuk kedalam buah.

Jika kita pula makan buahan yang tercemar, sisabaki racun ini juga akan memasuki tubuh badan. Sisabaki racun terkumpul dalam badan tahun demi tahun. Jika anak kecil disuapkan buahan tercemar, bayangkan bahaya yang mendatang.

Gambar di bawah ini memberikan kesan sisabaki racun furadan. Rasa nak muntah, pening dan racau. Juga boleh melumpuhkan sistem pernafasan. Mengakibatkan kerosakan kekal pada sistem reproduktif dan saraf.

Kesan negatif penggunaaan racun Furadan

Kesan negatif penggunaaan racun Furadan

Marilah kita memboikot pengunaan Furadan ini demi kemaslahatan sejagat. Diharap Malaysia dapat mengharamkan penjualan dan penggunaan racun ini.

Pada masa kini bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, terdapat kaedah untuk melakukan furadan organik yang boleh dibuat sendiri dirumah (sesuai untuk tanaman dirumah dan kebun kecil).

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Racun furadan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply