ISU MASALAH KELAPA MATAG F2

Buah Kelapa Matag

Buah Kelapa Matag

Matag merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa matag mendapat permintaan yang tinggi dipasaran disebabkan oleh tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemampuannya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan masalah hasil daripada benih kelapa matag F2.

Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang telah pun dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada beberapa pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya antaranya United plantation dan Jabatan Pertanian.

Matag F2 dihasilkan daripada Buah Tua dari Pokok Kelapa Matag Hibrid Tulen  dan ditakrifkan bukan hibrid dan akan menyerupai ciri-ciri induk MYD/MRD atau Tagnanan. benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan dari pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Pokok Kelapa F2 tidak sekali kali akan menjadi kelapa matag tulen. Hasilnya jugak tidak memberangsangkan. Oleh itu elakkan membeli anak pokok kelapa matag yang dihasilkan dari buah tua dari pokok kelapa matag asli. Tetapi Kebanyakan penanam sekarang tertipu antara biji benih matag F1 dan F2. Ia memberi kesan kepada hasil pengeluaran buah dimana terdapat kes kelapa matag F2 berumur 6 tahun yang ditanam oleh pengusaha tidak menghasilkan buah sehingga kini.

Oleh itu,kepada pengusaha tanaman kelapa, berhati-hati ketika membeli biji benih daripada pembekal,supaya anda tidak tertipu dan mendapat kerugian.

Kongsikan!
  • 22
  •  
  •  
  •  
    22
    Shares
This entry was posted in Kelapa Matag and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply