JENIS-JENIS TANAMAN ANGGUR YANG SESUAI DI MALAYSIA

Tanaman anggur di Malaysia adalah masih baru dalam peringkat pembangunan dimana mula ditanam di Perlis. Penanaman anggur di Malaysia bermula sekitar tahun 1980’ an dan semakin meningkat hasilnya sehingga kini. Ramai yang telah cuba menanam anggur secara kecil-kecilan dirumah dan pengeluaran anggur di Malaysia masih belum mencapai tahap komersial di pasaran. Secara umumnya  Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Untuk artikel kali ini marilah kita mempelajari klon (jenis-jenis) anggur yang sesuai dan popular ditanam di Malaysia.

Senarai anggur yang ditanam di Malaysia

Senarai anggur yang ditanam di Malaysia

  1. Anggur Isabella

    Anggur Isabella

    Varieti Isabella dipercaya boleh diadaptasi  di mana sahaja, mempunyai ketahanan terhadap suhu yang rendah dan panas, di iklim tropika juga isabella mampu bertahan. mempunyai ketahanan terhadap penyakit kulat dan akar rintang dari serangan nematod dan Phyloxera. ditanam secara komersil dibeberapa buah negara dan dibuat jus serta wine.

  2. Anggur IAC

    Anggur IAC

    Anggur IAC mempunyai buah yang sedikit lonjong dan gugusan yang padat.

  3. White malaga

    White malaga

    White malaga menghasilkan buah berwarna hijau, bentuk yang bulat, dan rasa yang sedikit masam. Mampu hidup diiklim tropika seperti Malaysia.

  4. Anggur Cardinal

    Anggur Cardinal

    Anggur cardinal mempunyai gugusan buah yang yang lebat, berwarna ungu kehitaman dan mempunyai rasa masam-masam manis.

  5. Anggur Black muscat

    Anggur Black muscat

    Buah merah tua kehitaman. Termasuk pilihan penanam. Senang hidup senang diurus. Buah yang besar dan tandan lebat. Banyak ditanam diseluruh negara termasuklah Malaysia

  6. Anggur Thompson

    Anggur Thompson

    Anggur thompson mempunyai buah yang berwarna hijau kuning dan rasa yang enak. tempoh berbuah ialah 14-16bulan.

  7. ????????????????????????????????????

    Anggur CBR

    CBR tahan pada iklim tropika walaupun kadar ketahanan terhadap kelembaban tidak sehebat Isabella, namun CBR mampu menghasilkan buah  di negara kita.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Anggur and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply