KELULUT DAN MADU KELULUT

Lebah Kelulut

Lebah Kelulut

Kelulut dikenali sebagai lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Kelulut (Trigonia spp) adalah berasal daripada famili Apoidea dan dianggarkan mempunyai 500 spesis kelulut di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Perternakan madu kelulut ini mula diminati oleh masyarakat Malaysia kerana lebah kelulut ini tidak menyengat dan menghasilkan madu yang mempunyai pelbagai khasiat yang amat baik untuk kesihatan. pada masa kini, ramai masyarakat Malaysia menjadikan ternakan kelulut sebagai hobi yang boleh menguntungkan sekiranya dirancang dan dilakukan dengan betul.

Perbezaan antara kelulut dan lebah madu ialah daripada segi morfologi,warna, tabiat,dan saiznya.sarang kelulut biasanya didalam tunggul kayu secara semulajadi tetapi kini telah diolah didalam kotak. Lebah madu kebanyakan sekarang menggunakan haif kotak kormesial. Lebah kelulut membuat sarang berbentuk tempayan dengan satu pintu masuk yang dibuat daripada propolis. Kebanyakan kelulut berwarna hitam manakala lebah madu berwarna kelabu kekuningan mengikut spesis.

2 jenis kelulut yang biasa diternak ialah daripada spesis Heterotrigona itama dan spesis Geniotrigona thoracica. Permintaan kedua-dua spesis ini amat tinggi kerana pengurusan menternak yang mudah dan penghasilan madu dan roti lebah yang banyak.

Pemilihan lokasi untuk menternak kelulut yang sesuai adalah amat penting terutamanya faktor keselamatan,kesesuaian habitat lebah kelulut, dan juga mempunyai sumber makanan yang cukup untuk lebah.secara asasnya,lebah kelulut sesuai diternak di kawasan yang penuh dengan pokok bunga, redup, ada sumber air,dan tiada musuh semulajadi. Bunga-bungaan yang selalu dihinggap oleh kelulut ialah yang banyak nektar dan debunga serta sumber resin untuk dijadikan propolis. Lebah kelulut merupakan agen pendebungaan yang baik sesuai untuk diternak di kawasan kebun buah, dimana ia akan membantu dalam proses pendebungaan buah sehingga 3 kali ganda penghasilan buah.

Kebanyakan pengusaha mengeluarkan 3 produk dari kelulut iaitu madu, roti lebah (bee bread) iaitu makanan kelulut ketika diluar musim bunga dan propolis yang berupa sejenis getah.Propolis ialah struktur binaan sarang kelulut dan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada campuran resin pelbagai sumber botani seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan. Propolis terbahagi kepada dua iaitu propolis yang lembut dan keras dan rapuh. Madu lebah kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan dipercayai dapat melambatkan proses pengoksidaan dalam badan. Ia baik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam plasma darah dan risiko mendapat kanser perut. 300 kotak mampu menghasilkan kira-kira 40 kilogram madu kelulut sebulan dan madu kelulut dijual pada harga RM40 bagi 350 gram.  Pendapatan sebulan boleh mencecah RM5000-RM6000. Apa tunggu lagi jom kita menternak kelulut sekarang!

7 Tip Asas Sebelum Mula Menternak Kelulut Yang perlu anda tahu

  1. Tahu perbezaan lebah kelulut dan lebah Apis
  2. Hadir ke kursus penternakan lebah kelulut
  3. Kaji kawasan di mana penternakan akan dibuat
  4. Kaji spesis yang sesuai untuk diternak di ladang anda
  5. Cara proses produk lebah kelulut
  6. Pemasaran produk kelulut dan produk hiliran
  7. Berkunjung ke ladang penternak lain

 

Jom sertai HARI KELULUT pada  19-21 MAC 2016  di Taman Botani Putrajaya

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in kelulut and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply