Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain),racun ini sering diaplikasikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.
Menurut artikel yang lepas, penggunaan furadan sintetik ini memberi kesan buruk kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan kesan kepada alam sekitar.
Oleh itu bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, terdapat kaedah penghasilan furadan organk telah dihasilkan sesuai untuk tanaman sekitar rumah dah kawasan yang kecil. Berikut adalah cara pembuatan furadan organik.
Bahan furadan hanya menggunakan tiga bahan utama, iaitu buah jering, belerang, dan pasir. Cara pembuatannya adalah sangat mudah:
- 10 biji buah jering (diambil isi jering) dikisar, diparut atau ditumbuk halus
- masukkan jering yang telah dikisar, diparut atau ditumbuk halus ke dalam bekas/ besen
- tambahkan 4 camca/ sudu teh belerang/sulfur
- tambahkan 6 cawan pasir halus
- gaulkan bahan tersebut hingga sebati
- tutup bekas/besen dengan pembalut plastik/ wrapper dan simpan di tempat kering selama 1 minggu
furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda.
selamat mencuba!..
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020