Siri Penyakit Tanaman Cili – Antraknos

Pada artikel kali ini, kita akan berkenalan dengan satu lagi penyakit utama tanaman cili iaitu antraknos atau bintik berpusar.

Penyakit ini sering menyerang apabila musim hujan.

Agen yang menyebabkan antraknos ini dikenali sebagai Colletotrichum capsici.

Colletotrichum capsici merupakan sejenis kulat.

Secara umumnya, kulat membiak melalui spora.

Antara simptom antraknos adalah:

1. Bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili.
2. Terdapat simptom bintik-bintik nekrotik pada daun.

cili

daun

Serangan antraknos ini mudah dikawal jika kita memahami fisiologinya.

Kebanyakkan pengusaha cili meracun kulat secara membabi buta, bahkan ada yang melakukan semburan racun kulat seawal selepas memindahkan anak pokok!!!

Ini merupakan pekerjaan yang sia-sia serta meningkatkan kos operasi anda!!!

Kawasan persekitaran kebun kita memang sudah ada spora antraknos ini, tetapi ianya tidak aktif sehingga keadaan persekitaran sesuai untuk ianya membiak.

Kaedah Kawalan

Kaedah kawalan adalah mudah.

Antraknos menyerang pada buah cili, justeru itu, racun kawalan untuk antraknos hanya perlu dilakukan setelah pokok cili ada putik buah cili. Sekitar 35 hari selepas anak pokok dipindahkan ke ladang atau polibeg.

Bagi mencegah penyakit ini, pengusaha perlu melakukan semburan racun kulat di dalam jangka masa 48 jam selepas hujan.

Bagi pengusaha yang telah terkena serangan antraknos ini, buah yang terkena jangkitan perlu dibuang.

Buang di dalam plastik dan buang di tempat pelupusan sampah, jauh daripada kebun anda.

Amaran, jangan dibakar atau biarkan buah yang terkena jangkitan ini bersepah di kebun anda.

Ini kerana jangkitan antraknos bermula daripada spora.

Jika punca penyakit atau spora masih ada di kebun anda, maka sia-sialah usaha anda.

Maka, sebarang kawalan tidak akan berkesan.

Selepas buang bahagian yang dijangkiti, segera lakukan sembur racun kulat.

Antara racun yang disyorkan adalah

Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®)
Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®)
Chlorothalonil (DACONIL S®, ODYSSEY 500®, ANCONIL 500®)
Trifloxystrobin (NATIVO®)
Tebuconazole (FOLICUR®, TEBCO®, KENCUR®)
Azoxystrobin

Serta jaga kebersihan ladang anda.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Penyakit Tanaman, Siri Penyakit Tanaman Cili and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply